Tarbiyah Islamiyah adalah langkah pendidikan, pembinaan dan pembentukan keperibadian yang teratur, terarah, sistematis dan terprogram secara berkesinambungan sepanjang hayat. Program tarbiyah Islamiyah bertumpu pada dua manhaj sehingga menjadi dapat menjadi program yang jelas iaitu manhaj 'ilmi (tu'allimuunal kitaab) dan manhaj 'amali (tadrusuun) sebagaimana firman Allah:
"Jadilah kamu generasi Rabbani - yang sempurna iman dan taqwanya, kerana kamu sentiasa mengajarkan kitab dan kerana kamu sentiasa mempelajarinya." (Ali-Imran, 3: 79)
Generasi Rabbani adalah generasi yang sentiasa melakukan tarbiyah sepanjang hidupnya. Bukan sekadar mengaji dalam erti membaca al-Quran, tapi lebih dari sekadar itu. Ia juga selalu menyampaikannya kepada orang lain, bahkan ia pun sentiasa mempelajarinya. Sehingga generasi rabbani inilah yang dikatakan oleh Rasulullah sebagai sebaik-baik manusia.
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang sentiasa mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain." (HR Bukhari)
Jadi, generasi rabbani secara automatiknya adalah generasi Al-Quran kerana akrab dengan Al-Quran, menjadi pembelajar dan pengajarnya.
Generasi Al-Quran ini disebut oleh Syed Qutub sebagai generasi unik, Jailul Qurani Al-Farid. Mengapa? Kerana Al-Quran menjadi ruhnya. Al-Quran keperibadiannya. Al-Quran sumber asasi hidupnya. Al-Quran pula yang merevolusi kehidupannya. Al-Quran akhlaknya. Sebagaimana beliau ungkapkan dalam kitab Ma'alim Fith Thoriq (Petunjuk Sepanjang Jalan). Maka, bila kekuatan Al-Quran telah menyatu dalam peribadi muslim, maka ia akan menjadi peribadi yang unik dan dahsyat.
Generasi para sahabat menjadi contoh yang terbaik di mana golongan ini diakui sebagai generasi yang hebat dalam sejarah tamadun manusia. Apa rahsianya? Itulah generasi Al-Quran. Generasi yang seterusnya yang membawa kegemilangan Islam seperti Salahudin Al-Ayyubi dan Muhammad Al-Fateh, juga merupakan generasi Al-Quran yang hebat.
Islam hanya bangkit apabila kita mencontohi dan menjejaki Generasi Al-Quran. Bukan hanya tahu dan hafal temanya sahaja tapi perlu dihadam dan diredam agar ianya benar-benar menjadi kenyataan.
Wallahua'lam
Rujukan: Quantum Tarbiyah, Solikhin Abu Izzuddin, Bina Insani Press Solo, 2006.
Rujukan: Quantum Tarbiyah, Solikhin Abu Izzuddin, Bina Insani Press Solo, 2006.