Dalam salah satu elemen dalam demokrasi, tercatat "Kebebasan Bersuara." Sebenarnya, itu bukan hanya diamalkan dalam demokrasi sahaja tetapi turut diamalkan oleh pemerintahan Khalifah Islam yang terdahulu. Berikut adalah contoh "Kebebasan Bersuara" yang diamalkan:
1) Perlantikan Saidina Abu Bakar menjadi Khalifah
Apabila Abu Bakar As-Siddiq diangkat menjadi Khalifah setelah wafatnya Rasulullah, dalam pidato pertamanya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik di kalangan kamu sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik. Maka jika aku melakukan kebaikan maka bantulah aku tetapi sekiranya aku terpesong maka betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah dan dusta itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu merupakan orang yang kuat di sisiku sehingga aku akan menunaikan kemahuannya serta memberikan haknya semula. Manakala orang yang kuat di kalangan kamu merupakan orang lemah di sisiku sehingga aku akan mengambil kembali hak yang telah dirampas. Oleh itu taatilah aku selagimana aku mentaati Allah dan rasulNya dan jika aku mengengkari Allah dan rasulNya maka janganlah kamu mentaatiku."
Ucapan ini menyatakan kepada kita bagaimana pimpinan mestilah telus dan terikat dengan perundangan sebagaimana yang dikenakan terhadap rakyat jelata bukannya pemimpin kebal daripada sebarang perundangan yang menyebabkan kezaliman berleluasa. Ini juga menunjukkan bahawa Saidina Abu Bakar As-Siddiq sedia ditegur oleh rakyat jelata meskipun beliau berada di jawatan tertinggi.
2) Isu Mas Kahwin
Apabila Saidina Umar mahu menggunakan kuasa untuk mengehadkan mas kahwin bagi memudahkan urusan perkahwinan, beliau ditegur oleh seorang perempuan rakyat jelata yang mengatakan: "Mas kahwin itu hak perempuan." Beliau terima dan akur dengan teguran tersebut. Bagaikan tidak percaya mendengar kisah ini kerana bagi saya seperti tiada lagi pemimpin seperti ini pada zaman sekarang.
3) Pemberontakan Zaman Saidina Ali bin Abi Talib
Ketika zaman Saidina Ali menjadi Khalifah, kondisi umat dan sosio-politik masyarakat tidak begitu stabil. Pemberontakan bermula apabila fitnah melanda pemerintahan Saidina Uthman bin Affan hingga mengakibatkan pembunuhan beliau. Fitnah ini dirancang oleh pengasas Syiah iaitu Abdullah bin Saba'. Setelah kewafatan Saidina Uthman, masyarakat Islam terbahagi kepada dua iaitu kumpulan Saidina Ali (Khalifah) dan kumpulan Muawiyah bin Abi Sufian yang turut disokong oleh Saidatina A'isyah, Talhah bun Ubaidillah dan Zubair bin Awwam. Muawiyah mendesak agar pembunuh Uthman diburu dan dihukum dengan segera manakala Saidina Ali berpendapat perkara itu tidak dapat dilakukan dengan segera disebabkan kekacauan dalam masyarakat. Saidina Ali lebih fokus kepada meredakan pemberontakan dan kekacauan tersebut. Hukuman akan dilaksanakan ketika kondisi masyarakat kembali aman. Dalam menangani pemberontakan ini, para sahabat juga berselisih pendapat dalam menjatuhkan hukuman kepada pembunuh Saidina Uthman. Saidina Ali juga tidak terus menghukum para sahabat yang berselisih pendapat dan mendesak beliau yang sekaligus menunjukkan sifat keterbukaan beliau.
4) Perang Jamal
Perang ini berlaku lanjutan kisah pemberontakan pada zaman Saidina Ali. Sebenarnya, perang ini berlaku akibat provokasi pihak ketiga iaitu oleh pengasas Syiah iaitu Abdullah bin Saba'. Sebenarnya, dua kumpulan tersebut iaitu Kumpulan Saidina Ali dan Kumpulan Ummul Mukminin Saidatina A'isyah berhimpun bukanlah untuk berperang tetapi berdamai. Namun, golongan yang dikepalai Abdullah bin Saba' telah melancarkan serangan terhadap tentera A'isyah dan Ali secara serentak menyebabkan kedua-dua pihak menyangka pihak yang satu lagi telah mungkir janji dan mengkhianati mereka. Tentera A'isyah mengatakan: "Tentera Ali telah menyerang kita." Sementara tentera Ali mengatakan: "Tentera A'isyah telah menyerang kita." Maka tercetuslah Perang Jamal yang menyebabkan kematian yang begitu banyak (termasuklah kematian Zubair dan Talhah) dan berakhir dengan kemenangan di pihak Ali. Jelaslah bahawa peperangan ini berlaku di laur kehendak dan perancangan para sahabat. Pencetusnya yang sebenar ialah para pemberontak yang dikepalai oleh Abdullah bin Saba', pengasas ajaran Syiah. Namun hingga hari ini, Syiah yang ingin menutupi jenayah pengasas mereka telah menuduh A'isyah yang memulakan peperangan ini. Sebenarnya, golongan sahabat berhimpun atau berdemonstrasi dengan cara yang baik dan ingin berdamai tetapi provokasi yang menyebabkan terjadinya perang. Provokasi dalam peristiwa ini masih lagi tidak diketahui orang dan akibatnya para sahabat difitnah atau disalah anggap dengan perbuatan yang keji seolah-olah terdapat para sahabat yang melakukan kekerasan hingga berlakunya perang.
Saya mengambil contoh kisah-kisah para sahabat kerana bagi saya, inilah golongan yang terbaik untuk dijadikan teladan. Para sahabat Nabi sendiri, apabila diangkat menjadi Khalifah, masih tawadhuk dalam mendengar rintihan rakyat, teguran rakyat dan demonstrasi akibat ketidakpuasan hati. Bahkan ini tidak langsung menjatuhkan thiqah beliau di mata kita tetapi sikap ketawadhukan yang tinggi dan berhati terbuka menjadi mereka contoh-contoh pemimpin berjiwa rakyat.

No comments:
Post a Comment