Hadith 1: Abu Ayub al-Ansari r.a. berkata: "Suatu hari, kami sedang duduk bersama-sama Rasulullah s.a.w. Baginda pun menyuakan makanan kepada kami. Tidak pernah kulihat makanan yang lebih besar berkatnya daripada makanan itu pada awal kami memakannya. Namun tidak pernah pula ku lihat makanan yang lebih sedikit berkatnya daripada makanan itu pada saat terakhir kami memakannya. Kami bertanya, 'Wahai Rasulullah, bagaimana hal ini boleh terjadi?' Baginda menjawab, 'Kita menyebut nama Allah ketika kita mulai makan. Tetapi, kemudian ada orang yang duduk lalu makan tanpa menyebut nama Allah. Maka syaitan pun makan bersamanya.'" (Riwayat Tirmizi, Ahmad dan Bagawi)
Hadith 2: A'isyah r.ha berkata: "Rasulullah s.a.w. pernah makan bersama enam orang sahabat Baginda. Tiba-tiba seorang Badwi datang dan ikut makan bersama mereka sebanyak dua suapan. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Seandainya dia menyebut nama Allah, nescaya makanan ini cukup untuk maku semua.'" (Riwayat Tirmizi, Darimi, Ahmad dan Bagawi)
Hadith 3: Jabir r.a. berkata: "Suatu hari, aku menemui Rasulullah s.a.w. dan melihat buah labu dipotong-potong. Aku bertanya, 'Kenapa buah ini dipotong-potong?' Baginda menjawab, 'Untuk memperbanyak makanan kita.'" (Riwayat Ibnu Majah dan Nasa'i)
Hadith 4: Anas bin Malik r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang menyukai buah labu. Maka, setiap kali disuakan makanan atau diundang dalam jamuan, aku selalu mengikuti dan menyuakan buah labu di hadapan Baginda kerana aku tahu Baginda menyukainya." (Riwayat Ahmad, Darimi, Nasa'i dan Abu Dawud)
Sumber: Majalah Gen-Q (Isu 02)
No comments:
Post a Comment