Saya bukanlah seorang ahli politik dan belum berniat hendak menyertai mana-mana parti politik buat masa sekarang. Kalau mahu bergiat akif dalam politik, apakah target dan manifesto saya? Apa yang saya ingin perjuangkan? Meskipun demikian, saya cukup berminat mengikuti perkembangan politik di dalam dan luar negara. Mungkin terpengaruh dengan sikap abah saya yang cukup suka berbicara tentang politik. Minat kepada politik bukanlah hendak menjadikan kita taksub kepada golongan tertentu tetapi memberikan kita satu impak pemikiran yang cukup matang. Nabi Muhammad ketika usia remajanya sudah mula memikirkan kondisi ummat ketika itu dan tidak mustahillah baginda cukup matang apabila diangkat menjadi rasul.
Cuma, agak menyedihkan jika diikuti perkembangan politik semasa. Sejak saya mula mengikuti perkembangan politik kira-kira 15 tahun dahulu hingga kini, tiada apa yang istimewa dan pembaharuan yang saya lihat dalam politik di negara kita. Sama saja dan tiada bezanya.
Contoh:
1) Dalam berkempen, isu-isu yang dibawa lebih menjurus kepada serangan peribadi dan janji-janji yang telah lapok dan berkulat.
2) Kutuk-mengutuk dan mengfitnah tidak lari dari trend politik di negara ini.
3) Pembangunan dan bantuan hanya dihulurkan ketika berlakunya pilihan raya sedangkan cukup banyak perkara setempat dan kemiskinan tegar yang perlu diberikan perhatian sentiasa.
4) Apakah matlamat sebenar sesebuah parti politik? Adakah benar-benar mahu membantu rakyat atau sekadar untuk mengejar kekuasaan semata-mata?
Persoalan sekarang, di manakah pembaharuan dalam politik Malaysia?
Persoalan sekarang, di manakah pembaharuan dalam politik Malaysia?
No comments:
Post a Comment