Beberapa bulan lepas, terlalu banyak isu yang dimainkan oleh media, sehinggakan menetuskan kontroversi ke arah perkauman, fanatik dan sebagainya. Saya pun tidak beberapa berminat nak bicarakan, tetapi memandangkan keadaan menjadi lebih teruk, baik rasanya, kita buka kembali diari minda kita. Antara isu-isunya:
1) Ahli politik non-Muslim masuk masjid dengan mendedahkan aurat
2) Mendoakan agar orang bukan Islam diberikan hidayah
3) Menggunakan duit hasil lumba kuda untuk dana kemiskinan
Isu 1: Apalah bengap sangat orang yang memainkan isu ini? Nama pun non Muslim, tak kan kita nak suruh mereka pakai tudung labuh dan berjubah? Isteri orang yang memainkan isu ini pun belum tentu bertudung tetapi sibuk cerita pasal aurat non Muslim. Apabila ada orang yang mengkhatamkan al-Quran tetapi menampakkan rambut, tidak dipersoalkan pula. Dan, isu bolehkah orang non Muslim masuk ke masjid? Jadi, apa fungsi masjid itu? Bukankah fungsinya untuk dakwah? Dakwah itu merangkumi orang Islam dan bukan Islam. Dah la hendak dianjurkan berdakwah di tempat umum, masih ramai lagi yang segan-segan, dilarang pula berdakwah di masjid. Apa kes?
Isu 2: Maknanya, doa Nabi agar salah seorang di antara Umar dan Abu Jahal agar diberi hidayah adalah silap. Orang yang bodoh ini mungkin rasa dirinya lagi hebat dari Nabi hingga berani mengkritik sunnah Nabi.
Isu 3: Kalau begitu, semua penjawat awam termasuklah orang yang sibuk mengutuk isu ini perlu memulangkan gaji dan pendapatan anda kerana mengandungi unsur-unsur yang haram seperti hasil judi, arak, kelab malam, lumba kuda dan sebagainya. Inilah orang-orang tua kata, "Menuding satu jari ke arah orang lain, sebaliknya empat jari ke arah diri sendiri."
Inilah bahayanya sikap fanatik dan kebangsaan! Seolah-olah menghampiri kaedah 'matlamat menghalalkan cara', buat saja cara apa sekalipun meskipun merosakkan akhlak dan akidah mereka sendiri asalkan matlamat hendak berkuasa tercapai.
Bahkan, yang terbaru, banyak kedengaran usaha-usaha golongan taghut ataupun hizbus syaitan hendak meluaskan idealisme mereka di Malaysia ini dengan harapan agar mereka berjaya mentaghutkan atau mensyaitankan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu. Antaranya ialah Festival Fesyen Islam (FFI).
Festival Fesyen Islam? Bagusnya nama program itu, moga-moga menjadi wadah dakwah ataupun alternatif kepada fesyen Islam pada zaman kini. Namun, bila melihat hasilnya...ramai yang bertepuk dahi. Biar betul? Saya sendiri malu jika nak ditayangkan gambar-gambar fesyen tersebut di ruangan blog ini. Kalau nak tengok juga, boleh buka laman web di bawah.

http://www.ek-ele.co.cc/2010/10/gambar-gambar-islamic-fashion-festival.html
Jika dahulu, banyak negara Islam memboikot barang-barang buatan Belanda angkara kartunis negara itu yang membuat karikatur menghina Nabi Muhammad s.a.w. Bagaimana pula dengan FFI ini? Jelas-jelas menghina Islam, al-Quran dan Nabi! Apa reaksi negara-negara Islam lain?
Ayuh, kita boikot barang buatan Malaysia! Kita boikot Petronas!
Bagaimana? Setuju?
Di samping isu di atas, banyak lagi isu yang perlu diberi perhatian sewajarnya. Terdapat usaha-usaha yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam (kalabun malaami - istilah P.Ramlee) terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP. Lebih mengejutkan lagi projek permulaan (EPP) juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.
Untuk informasi lebih lanjut, sila layari laman web di bawah:
http://www.malaysiakini.com/news/146435

Persoalan sekarang, apa nak jadi Malaysia sekarang ini dan akan datang? Kalau kita merasakan diri kita masih selamat lagi, bagaimana pula dengan anak-anak kita? Bagaimana cucu cicit kita? Inilah angkara taghut dan Hizbus Syaitan!
Taghut bermaksud benda atau orang yang melampaui batas (mengingkari Allah) dan masyarakat akan mengikutnya sama ada terpaksa atau rela. Hizbus Syaitan pula bermaksud Parti Syaitan.
Ternyata sekarang, memang ramai pengikut dua kelompok jahat ini. Bagaimana pula dengan golongan baik atau Hizbullah (Parti Allah)? Apa pula usaha yang dilakukan oleh golongan Hizbullah ini pula? Ternyata, banyak lagi usaha yang perlu kita lakukan untuk melumatkan golongan jahat ini dan bukan sekadar kritikan sahaja.
Firman Allah: "Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." (An-Nuur, 24: 55)
Allah menjanjikan tiga perkara kepada orang beriman iaitu berkuasa di muka bumi, diteguhkan agama dan menukarkan perasaan takut kepada aman dengan meletakkan syarat iaitu beriman dan amal soleh. Insya Allah, saya cukup optimis bahawa golongan baik akan mencapai kemenangan dan kejayaan dalam segala aspek andai menepati syarat yang Allah tetapkan. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment