Dari Umar r.a. juga, katanya: ......... Maka khabarkan kepadaku darihal hari Kiamat. Rasulullah menjawab: Tiadalah yang datang daripadanya lebih tahu dari orang yang bertanya. Kalau begitu, katanya, khabarkan kepadaku dari tanda-tandanya sahaja. Rasulullah menjawab: Tanda-tandanya itu ialah apabila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan engkau melihat orang-orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan........... Diriwayatkan oleh Muslim.
(Hadith ini merupakan Hadith Ke-2 dalam Hadith 40 susunan Imam Nawawi)
Bagaimana pula keadaan sekarang apabila manusia sibuk sangat nak buat bangunan tertinggi di negara masing-masing? Malaysia cukup berbangga dengan Petronas Twin Tower (Menara Berkembar Petronas) dengan ketinggian 451.9 meter bersamaan 88 tingkat namun masih jauh ketinggalan berbanding Burj Khalifa yang masih mengungguli carta dengan ketinggian 828 meter. Tidak cukup dengan itu, Malaysia ingin menambah koleksi bangunan tertinggi dengan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat yang akan bermula pembinaannya tahun depan di mana kos pembinannya dianggarkan setinggi RM 5 billion.
Tidak kisahlah siapa yang ingin membangunkannya sama ada badan korporat ataupun pemaju hartanah. Tetapi, perlukah setinggi itu? Mengapa tidak dibinanya bangunan yang unik rekabentuknya seperti bangunan Tabung Haji dan Perpustakaan Negara? Binalah menara yang berbentukkan keris ataupun tanjak supaya satu dunia tahu bahawa pencipta dan pemiliknya adalah pejuang Melayu tulen yng tiada tolok bandingnya. Bagi saya, ini adalah lebih bagus dari segi rekabentukya berbanding membina menara beratus-ratus tingkat.
Adakah ketinggian suatu bangunan itu melambangkan keagungan sesebuah negara? Atau melambangkan kekayaan sesebuah negara? Mujur kerana orang yang merancang pembinaan ini masih lagi berkasut, berpakaian, orang kaya dan juga bukanlah pengembala kambing. Maknanya, lambat lagi lah nak kiamat kalau begitu.
Andainya diberi peluang memimpin atau memilih pemimpin, saya ingin menjadi atau memilih pemimpin seperti Nabi Yusuf.
Adakah ketinggian suatu bangunan itu melambangkan keagungan sesebuah negara? Atau melambangkan kekayaan sesebuah negara? Mujur kerana orang yang merancang pembinaan ini masih lagi berkasut, berpakaian, orang kaya dan juga bukanlah pengembala kambing. Maknanya, lambat lagi lah nak kiamat kalau begitu.
Andainya diberi peluang memimpin atau memilih pemimpin, saya ingin menjadi atau memilih pemimpin seperti Nabi Yusuf.
Firman Allah: "Dan berkatalah orang yang selamat di antara mereka berdua dan teringat (kepada Yusuf) sesudah beberapa waktu lamanya: 'Aku akan memberitakan kepadamu tentang (orang yang pandai) menakbirkan mimpi itu, maka utuslah aku (kepadanya).' (Setelah pelayan itu berjumpa dengan Yusuf dia berseru): 'Yusuf, wahai orang yang amat dipercaya, terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan (tujuh) lainnya yang kering agar aku kembali kepada orang-orang itu, agar mereka mengetahuinya.' Yusuf berkata: 'Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memeras anggur.'" (Yusuf, 12: 45 - 49)
Inilah bakat kepimpinan yang ada pada Nabi Yusuf, seorang yang berwawasan dan berpandangan jauh yang turut mengambil kira keseluruhan masyarakatnya ketika berlakunya kegawatan ekonomi. Inilah politik! Peribadi Nabi Yusuf yang dilihat dari segi kebijaksanaannya, amanah dan berwawasan inilah menyebabkan beliau mencalonkan diri sendiri menjadi pemimpin bagi masyarakat. Tidak perlu melobi ke seluruh bahagian dengan menabur janji dan wang dinar supaya dirinya dicalonkan menjadi pemimpin.
Firman Allah: "Berkata Yusuf: 'Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan.'" (Yusuf, 12: 55)
Bahkan, di dalam al-Quran, banyak lagi ilmu-ilmu politik yang perlu kita tadabbur supaya kita faham bagaimanakah politik yang dianjurkan dalam Islam. Memang ramai orang mampu menjadi seorang amir atau ketua tetapi tidak semua mampu menjadi Amirul Mukminin.
Firman Allah: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penantang (orang yang tidak bersalah), karena (membela) orang-orang yang khianat." (An-Nisaa', 4: 105)
Firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan." (An-Nisaa', 4: 135)
Isu kekayaan, kekuasaan dan kemahsyuran bukanlah perkara yang perlu diutamakan, sebaliknya isu kebenaran, keadilan Islam, amanah dan tawadhuk adalah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang Amirul Mukminin. Lihat sahaja Umar Abd Aziz, meskipun hanya memerintah selama dua tahun, namun berjaya membasmi kemiskinan. Tidak perlu membina bangunan pencakar langit untuk kegiatan pelancongan dan mewujudkan sektor perindustrian untuk menggalakkan pelaburan asing, sebaliknya sikap amanah dan adil yang menjadikan beliau khalifah yang agung dalam sejarah Islam.
Dengan cita-cita hendak merakyatkan ekonomi, harapnya tiada lagi PSS (Program Syok Sendiri) di Malaysia ini lagi. Andai hendak melakukan projek, biarlah yang memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat, paling tidak majoriti masyarakat merasainya; baik golongan kaya, miskin, muda, tua, professional, ustaz, penganggur, pelajar mahu pun suri rumah. Tidak perlu lagi projek menuju ke planet Marikh, projek menjejakkan kaki ke bulan, projek pembinaan kubur berharga RM 70 juta dan projek pembinaan menara setinggi 1 kilometer andai manfaatnya pada beberapa individu sahaja.
Ayuh, marilah kita berpijak di bumi yang nyata dalam memberi atau menerima sesuatu pendapat. Jika tersilap langkah, kecaman yang kita dapat dan lagi teruk jika kecaman adalah dari Allah. Buka kembali terjemahan al-Quran yang sudah berhabuk di dalam almari dan mari sama-sama tadabbur ayat-ayat Allah. Banyak lagi ilmu-ilmu Allah yang belum kita terokai dan boleh diambil ibrah tentang sirahnya. Semoga hati kita menjadi lunak dengan tawadhuk kepada Allah.
Hablum minallah wa hablum minannaas. Andai hubungan dengan Allah tidak dijaga, usah bermimpi hendak menjadi pemimpin manusia (hubungan dengan manusia). Inilah rahsianya bakat kepimpinan yang ada pada Nabi Muhammad, Nabi Yusuf dan Khulafa' ar-Rasyidin yang mengutamakan terlebih dahulu hubungan dengan Allah sebelum terjun ke masyarakat.
No comments:
Post a Comment