Firman Allah: "Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang beriman dan berbuat baik, bahawa untuk mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan: 'Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu.' Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada istei yang suci dan mereka kekal di dalamnya." (Al-Baqarah, 2: 25)
Allah s.w.t. menyediakan untuk orang-orang mukmin dan muttaqin di syurga taman bunga dan taman perumahan yang penuh dengan pohon rimbun dan air mengalir di bawah tempat kediaman mereka. Di dalamnya, terdapat pelbagai nikmat dan kemudahan yang diingini serta pemandangan yang indah dipandang mata. Kenikmatan yang ada di dalam syurga dijelaskan dalam hadith sahih berikut:
"Di dalamnya ada benda yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga dan belum pernah terlintas di hati manusia."
Inilah yang diungkapkan oleh firman Allah:
"Tidak sesiapapun mengetahui apa yang disimpan Allah untuk mereka di dalam syurga dari berbagai bentuk keseronokan sebagai balasan terhadap amalan yang telah mereka usahakan." (Al-Sajadah, 32: 17)
Di dalam syurga terdapat banyak makanan yang tidak putus-putus dan buah-buahan yang enak serta beraneka jenis. Setiap kali penghuni syurga dihidangkan dengan buah-buahan di waktu pagi dan petang, mereka berkata dengan penuh takjub: "Buah ini sama seperti rezeki yang pernah kami kecapi di dunia." Namun, bila mereka memakannya mereka dapati rasanya berlainan daripada biasa. Lantas mereka sedar bahawa walaupun ia menyerupai buah-buahan di dunia pada pandangan mata, bentuk dan jenis, tetapi rasa, nilai lazat dan saiznya berlainan.
Ibnu Abbas berkata: "Benda-benda dunia yang ada di syurga hanyalah pada namanya sahaja." Imam al-Tabari berkata: "Takwil terbaik ialah takwil yang menjelaskan bahawa yang diberikan kepada mereka ialah benda yang serupa pada warna dan rupa tetapi rasanya berlainan. Ini bererti, buah-buahan syurga menyerupai buah-buahan dunia dari sudut rupa dan warna tetapi tidak serupa dari segi rasanya."
Di antara perkara ghaib lain yang kita wajib beriman dengannya ialah seperti pemakluman Allah s.w.t. bahawa orang-orang mukmin di dalam syurga akan diberikan beberapa orang isteri daripada bidadari pinggitan yang tidak pernah disentuh manusia dan jin. Bidadari-bidadari ini bersih dari kekotoran dan najis yang jijik pada zahir dan batin seperti haid dan nifas atau hadas kecil seperti air kencing dan air besar, kahak dan ludah atau, kecemasan batin dan kejahatan hawa nafsu.
Imam Muslim meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Penghuni syurga (menikmati) makan dan minum di dalamnya. Mereka tidak meludah, tidak membuang air kecil dan air besar serta tidak berhingus." Sahabat-sahabat bertanya: "Bagaimana pula dengan perkumuhan makanannya?" Baginda menjawab: "Sendawa dan peluh seperti renjisan kasturi, mereka menyebut tasbih dan tahmid seperti kamu menarik nafas."
Dalam pada itu, terdapat pula riwayat yang menyatakan bahawa wanita mukminah di dunia berstatus lebih baik daripada bidadari syurga yang tersebut dalam firman Allah s.w.t.:
"Sesungguhnya Kami ciptakan mereka sedemikian rupa. Maka Kami jadikan mereka perawan. Berkasih sayang dan sebaya. Untuk golongan kanan." (Al-Waqiah, 56: 35-38)
Al-Tirmidhi meriwayatkan daripada Umm Salamah, bahawa saya bertanya: "Ya Rasulullah s.a.w!": "Perempuan dunia lebih baik atau bidadari syurga?" Baginda menjawab: "Bahkan perempuan dunia lebih baik daripada bidadari syurga, seperti pakaian luar berbanding pakaian dalam." Aku bertanya lagi: "Ya Rasulullah, mengapa mereka lebih baik?" Baginda menjawab: "Kerana solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah Azza wajalla."
Dalam hadith sahih diperakukan bahawa setiap seorang lelaki mempunyai dua orang isteri. Para ulama berkata bahawa salah seorang daripadanya adalah perempuan dunia dan seorang lagi adalah perempuan syurga.
Syurga lebih istimewa daripada dunia kerana ia adalah tempat yang kekal abadi. Ia menjadi tempat tinggal untuk jangka masa yang panjang dan berterusan. Segala yang lain tidak dapat menggantikannya. Kebahagiaan yang sempurna diperolehi di sana, orang-orang mukmin sentiasa mengharapkannya.
Rujukan:
1) Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaily, "Tafsir Al-Munir - Juz 1", Persatuan Ulama Malaysia & Intel Multimedia and Publication, 2007.

No comments:
Post a Comment