Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.' Maka salah seorang sahabat bertanya, 'Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?' Nabi s.a.w. menjawab, 'Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'.' Seorang sahabat bertanya: 'Apakah wahan itu wahai Rasulullah?' Nabi menjawab: 'Cinta pada dunia dan takut pada mati.' (Riwayat Abu Daud)
Hadith di atas telah terbukti hari ini. Umat yang dilahirkan sebagai umat terbaik bagi seluruh umat manusia itu telah mencapai puncak kemundurannya.
Ketika Islam berada pada landasan yang unggul pada suatu masa dahulu, lantas musuh-musuh Islam mencari ruang untuk menghancurkan umat Islam. Ketika mereka sedar betapa sukarnya Islam itu ditumbangkan dengan peperangan senjata disebabkan kualiti dan kuantiti umat Islam pada masa itu sangat hebat, maka Ghazwul Fikri atau Perang Pemikiran dilaksanakan. Maka, runtuhlah khalifah dan umat Islam jatuh sehina-hinanya.
Kebiasaannya, apabila menghuraikan apa itu
Ghazwul Fikri, ramai akan bercerita unsur-unsurnya iaitu 5S dan 4F.
5S : Sport, Sex, Smoke, Song, Screen
4F : Fun, Fashion, Food, Faith
Maka, jika diperhatikan tentang ghazwul fikri
ini, ianya lebih dari itu. Ia merupakan suatu sistem yang amat teratur dan
terorganisasi untuk melumpuhkan kekuatan umat Islam. Umat Islam diracuni
pemikiran dan diserang secara halus atau secara tidak sedar hingga
mengakibatkan kehidupan menjadi songsang. Perkara yang baik dianggap tidak baik
manakala perkara yang tidak baik dilihat baik. Tidak perlu musuh-musuh Islam
menghantar batalion tentera untuk menyerang umat Islam dan cukup sekadar
'mengirim' hiburan-hiburan berbentuk filem dan lagu yang melalaikan dan
menggairahkan sehinggakan mereka hanyut dalam dunia mereka sendiri.
Firman Allah: ".....Mereka tidak akan berhenti
memerangi kamu sehingga kamu murtad (keluar) dari agamamu, jika mereka sanggup.
Barang siapa murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam
kekafiran, maka mereka itu sia-sia amalnya di dunia dan akhirat dan mereka
itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." (Al-Baqarah, 2: 217)
Kaedah-Kaedah Ghazwul Fikri
1) Ifsadul Akhlak (Merosakkan Akhlak)
Jika ditanya kepada golongan yang baru memeluk
Islam, adakah mereka tertarik dengan orang Islam atau Islam itu sendiri?
Majoritinya adalah disebabkan Islam itu sendiri, bukannya di atas peribadi
orang Islam itu. Maknanya, akhlak yang ditunjukkan oleh umat Islam kini tidak
menggambarkannya sebagai seorang Muslim. Tiada bezanya akhlak seorang Muslim
dengan moral yang Non-Muslim. Ghazwul Fikri itu menyebabkan seseorang itu
mengabaikan perintah Allah dan mengerjakan perkara yang haram serta
meninggalkan perkara yang halal.
Kata-kata Saidatina A'isyah: 'Akhlak Nabi
ialah Al-Quran. Menggambarkan majoriti umat Islam tidak meletakkan al-Quran itu
sebagai rujukan atau piawai dalam menjadi Muslim yang baik. Musuh Islam berusaha menjauhkan Al-Quran dari kehidupan orang Islam yang akhirnya merosakkan akhlak sedikit demi sedikit.
2) Tahthiim Al-Fikrah (Menghancurkan Fikrah)
Menghancukran fikrah hingga tak melambangkan peribadi seperti seorang Muslim. Tidak berpegang pada Islam yang syumul dan Islam itu
dilihat berpecah-pecah. Maka, ada yang cenderung pada pelbagai aliran yang
dilihat benar seperti Nasionalisme, Sosialisme dan lain-lain. Islam tu dilihat
hanya pada aspek tertentu saja seperti ibadah. Manakala aspek-aspek lain seperti
Ekonomi, Pendidikan dan lain-lain, Islam dilihat tidak dominan. Justeru itu,
tidak pelik apabila melihat orang Islam semakin konfius dengan keadaan
sekarang, seolah-olah tidak memahami ajaran Islam sebenar yang akhirnya
memberikan ketaatan kepada taghut dan menjadikan syaitan sebagai pemimpin.
Firman Allah: "Tidakkan engkau (Muhammad)
memperhatikan orang-orang yang mengaku bahawa mereka telah beriman kepada apa
yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelummu? Tetapi
mereka masih menginginkan ketetapan hukum kepada Taghut, padahal mereka telah
diperintahkan untuk mengingkari Taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan
mereka (dengan) kesesatan yang sejauh-jauhnya." (An-Nisa', 4: 60)
3) Izabah Asy-Syahsiyyah (Melarutkan Sahsiah)
Melarutkan sahsiah atau keperibadian hinggakan
umat Islam menjadi kufur dengan tidak mengerjakan perintah Allah. Mereka
cenderung ke arah keburukan dan tidak mustahil ada yang murtad menjadi kafir.
Tiada lagi ciri-ciri Islam pada peribadinya. Cara berinteraksi, bersosial,
bermuamalat dan lain-lain bertukar 180 darjah ke arah kekafiran.
Firman Allah: "Mereka ingin supaya kamu
menjadi kafir sebagaiman mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama
(dengan mereka). Maka, janganlah kamu mengambil (seorangpun) di antara mereka
menjadi penolong-penolongmu, hingga mereka berhijrah di jalan Allah. Jika
mereka berpaling ingkar, tawanlah dan bunuhlah mereka di mana saja kamu
menemuinya, dan janganlah kamu ambil (seorangpun) di antara mereka menjadi
pelindung atau penolong." (An-Nisa', 4: 89)
4) Ar-Riddah (Memurtadkan)
Musuh-musuh Islam berusaha untuk merosakkan
akidah umat Islam yang merupakan kejayaan yang paling utama bagi mereka. Mereka
melakukan pelbagai cara termasuk menipu dan cara halus untuk memastikan orang Islam
jauh dan keluar dari Islam secara total. Gerakan Pemurtadan dan Orientalis bertungkus-lumus dalam memastikan orang Islam keluar seleuruhnya dari Islam.
Firman Allah: "Hai orang-orang yang
beriman, jika kamu mentaati orang-orang kafir, nescaya mereka akan
mengembalikan kamu pada kekufuran, lalu jadilah kamu orang-orang yang
rugi." (Ali-Imran, 3: 149)
Kesan-Kesan Ghazwul Fikri
Al-Walaa' Lil Kaafiriin (Memberikan Ketaatan Kepada Orang Kafir)
Kaedah-kaedah Ghazwul Fikri dengan merosakkan akhlak, menghancurkan fikrah, melarutkan sahsiah dan memurtadkan akan menyebabkan sesorang muslim memberikan ketaatan kepada orang kafir dengan segala bentuk. Ketaatan ini akan menyebabkan kebergantungan segala-galanya kepada orang kafir seperti menjadikan mereka sebagai idola, rujukan, panduan dan nasihat.
Firman Allah: "Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu), kerana sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya ia termasuk golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Al-Ma'idah, 5: 51)
No comments:
Post a Comment