Hari ini, baru pulang dari Kota Kinabalu, setelah 2 hari melakukan kerja-kerja pemeriksaan pendawaian elektrik bersama Chargeman di cawangan sana. Sesetengah orang amat gemar kerja-kerja yang melibatkan tugasan luar atau out station tapi tidak bagi saya. Tetapi, sebagai Eksekutif Fasiliti (Maintenance) dan Pegawai Aset syarikat, itu seolah-olah tidak dapat dielakkan. Cukup bimbang jika tugasan-tugasan luar ini akan mengganggu kerja-kerja dakwah seperti halaqah, daurah dan sebagainya.
Tetapi, jika dilihat dari sudut positif, out station ini juga boleh dimanfaatkan ke arah dakwah dan kebaikan. Boleh diambil iktibar kisah-kisah pedagang dari Arab, India dan China yang datang berdagang ke Tanah Melayu (out station), namun mampu berdakwah kepada semua masyarakat setempat.
Sama juga kisahnya kepada orang yang bekerja shift yang kononnya boleh mengganggu dakwah dan tarbiyyah. Namun, dulu, seorang sahabat yang bekerja sebagai Assistant Medical Officer (AMO), mampu saja hadir ke halaqah dan program dakwah walaupun bekerja secara shift. Titik tolaknya, bergantung pada kita.
Out station ini barangkali boleh menjadi medan yang cukup baik untuk dakwah fardiyah rakan sekerja yang lain. Tapi, harus diingat, mendakwahi orang yang sudah bekerja amatlah berlainan dan saya juga masih cuba memahami golongan sebegini. Golongan yang tidak solat, kaki perempuan, tidak puasa, pemabuk, kaki judi, kaki video lucah (golongan ini semakin ramai) dan macam-macam lagi. Untuk mengislahkan golongan ini, harus ada sifat mengasihi dan menyayangi mereka agar kita bersama-sama dengan mereka tidak terjerumus ke lembah neraka.
Meskipun cukup berat hati untuk out station, namun jika ia bermanfaat pada dakwah, JUST DO IT!!
No comments:
Post a Comment