Setelah teruk diserang dan mengalami serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, lantas Jepun mengisytiharkan diri menarik diri dari Perang Dunia Kedua. Dengan kemusnahan teruk yang melanda negara mereka, mereka melakukan gerakan pemulihan supaya mereka bangkit pada suatu masa nanti. Mereka berikrar akan bangkit untuk menjadi kuasa besar dalam menakluk ekonomi dunia. Ianya terbukti apabila Jepun menjadi salah sebuah kuasa besar ekonomi dunia dan merupakan salah sebuah negara maju. Perubahan yang cukup besar dari segi ekonomi iaitu dalam sektor perindustrian dan kejuruteraan yang berdasarkan falsafah kerja yang mereka cipta sendiri.
Sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke Jepun pasti akan setuju dan kagum dengan sistem pengangkutan yang canggih, kemesraan penduduk tempatan, tatacara dalam berinteraksi, etika di jalan raya, kebersihan, ketepatan masa dan falsafah kerja yang terbaik. Semua orang tahu, dari mana asal-usul falsafah 5S yang dipraktikkan di hampir semua sektor perkerjaan. Juga Kiken Yochi Training - KYT (Hazard Prediction Training) yang popular dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) dan lain-lain lagi. Apakah rahsia kebangkitan rakyat Jepun ini?
Mengapa umat Islam khususnya di Malaysia ini, masih belum lagi membuat kebangkitan total seperti di Jepun? Tidak perlulah kita mengorek rahsia rakyat Jepun sedangkan pada Islam itu sendiri wujud rahsianya. Dengan kemusnahan moral dan akhlak seperti rasuah, fitnah, berzina, merompak, membunuh, buang anak dan tidak berdisiplin, tarbiyyah Islam itulah ubat yang paling mujarab yang mesti ditelan oleh setiap umat Islam. Tarbiyyah inilah yang dibawa oleh Rasulullah dalam menyelesaikan kemusnahan moral Arab jahiliyyah. Bahkan, apa yang dilakukan oleh rakyat Jepun sebenarnya terkandung dalam ajaran Islam dan telah lama dipraktikkan olah Rasulullah, para Sahabat, para Tabi'in dan golongan yang seterusnya.
Kita selalu melihat dan meuji kekuatan dan kehebatan sesuatu kaum, namun, kekuatan dan kehebatan itu sebenarnya ada pada diri kita dan agama kita tetapi tidak diaplikasikan atau tidak disedari. Inilah golongan yang jahil pada diri sendiri...
No comments:
Post a Comment