Semua sedia maklum tentang kejayaan Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF selepas menumpaskan Indonesia. Kadang-kadang rasa pelik bila bercerita tentang Malaysia dan Indonesia. Saya merasakan hubungan kedua-dua buah negara ini cukup erat dan akrab, cuma ada sesuatu yang memisahkan. Bila berbicara tentang perlawanan akhir Piala Suzuki AFF beberapa minggu lepas, saya teringat akan bahang suasananya. Berlakunya perang media antara kedua-dua belah negara yang sering melakukan provokasi dan sebagainya. Saling mencemuh antara satu sama lain dengan gelaran yang tidak sepatutnya seperti Mat Indon, Pendatang dan sebagainya. Pokoknya, saling berbalas cemuhan dan serangan yang bersifat peribadi atau melibatkan negara. Tidak pasti lah sama ada ini benar-benar berlaku ataupun provokasi media yang seolah-olah mahu mengeruhkan hubungan Malaysia-Indonesia. Sama juga ketika perlawanan akhir Piala Thomas 1992 dan 1994 yang menyaksikan pertembungan kedua-dua negara ini yang juga menyaksikan cemuhan dan serangan seperti ini berlaku.
Saya bukan hendak mengkritik atau menyebelahi sesiapa. Sudah pasti sebagai warganegara Malaysia, saya cukup berharap Malaysia akan menjadi juara atau pemenang dalam setiap perlawanan. Tetapi, saya juga menanamkan perasaan cinta dan sayang kepada rakan-rakan di Indonesia yang beragama Islam. Majoriti penduduk Malaysia dan Indonesia adalah beragama Islam, jadi di manakah sikap nasionalisme kita sebagai seorang muslim? Adakah wajar, semata-mata hanya sebuah perlawanan akhir, kita menghambur perkataan-perkataan yang tidak enak didengari.
Firman Allah: "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat." (Al-Hujurat, 49: 10)
Suatu kisah, apabila Abu Dzar seakan-akan menghina Bilal bin Rabah yang merupakan seorang Arab Badwi yang berkulit hitam, maka ditegur oleh Rasulullah, "Adakah masih terdapat dalam diri kamu sisa-sisa jahiliyyah?"
Kalau diperhatikan sebenar-benarnya, provokasi yang berlaku di antara kedua-dua negara sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk memastikan hubungan Malaysia dan Indonesia sentiasa keruh. Benarkah? Keadaan ini tidak akan berlaku di antara Malaysia-Thailand, Malaysia-Vietnam ataupun Malaysia-China. Ianya hanya akan berlaku di antara negara yang mempunyai majoriti umat Islam. Cuba bayangkan jika kesatuan Malaysia-Indonesia berlaku, maka kesatuan umat Islam akan bertambah kuat dan inilah yang cukup ditakuti oleh pihak tersebut. Isu Palestin, sebagai contoh, meskipun berada di dalam lingkungan negara-negara Arab, tetapi kesatuan umat Islam diremukkan maka terkonteng-kontenglah Palestin keseorangan. Dilemparkan pelbagai tuduhan sebagai Pelampau, Pengganas dan sebagainya. Bagi orang yang memahami tentang ukhwah atau Nasionalisme dalam konteks Islam, pasti akan bersimpati dan bangkit mempertahankan saudara Islam kita di sana.

Adakah semangat cintakan negara atau kebangsaan kita lebih diutamakan berbanding cinta kita kepada ikhwah atau sahabat kita yang beragama Islam? Cinta seseorang Muslim tidak terbatas pada sempadan negara dan tidak terhalang oleh lautan dan selat yang luas. Sebaliknya, cinta kita kepada seorang Muslim adalah berdasarkan kalimah tauhid "Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan Muhammad Itu Pesuruh Allah."
Jadi, ayuhlah, masih ada ruang untuk kita perbaiki dan lakukan demi menyemarakkan ukhwah dan perpaduan dalam Islam dengan menanam rasa sebenar-benar cinta kita kepada seluruh umat Islam di atas muka bumi ini.
nice one! tapi macam mana nak buat? yang dah tua dan pemikiran pun dah keras dari batu macam kita? mungkin jawapan tu ada pada anak2 kita... hmmm...
ReplyDeleteYa benar. Itu solusi yang terbaik setakat ini. Apapun, kita kene didik juga supaya sentiasa berakhlak mulia sesama muslim dan kepada non-muslim
ReplyDelete