Menjelang PRU-13 ini, banyak slogan parti politik yang mencuit hati saya. 'Ini Kalilah', 'Jom Ubah' dan 'Tukar' adalah di antaranya. Apa signifikannya slogan ini dengan PRU-13 kali ini? Adakah lebih menunjukkan ketidakpuasan hati kepada kerajaan sedia ada atau rakyat Malaysia kini lebih cerdik berpolitik?
Barisan Nasional telah memerintah selama 56 tahun dan masih kuat dokongan di kalangan rakyat. Penyokongnya pastilah yang rasa selesa dengan pemerintahan sedia ada dan yang mempunyai kepentingan. Bagi Pakatan Rakyat pula, yang baru saja bergabung dan telah memerintah beberapa buah negeri, pula didokong oleh rakyat biasa yang menuntut perubahan dan merasakan Malaysia perlu dilonjak ke arah yang lebih baik dan kebaikan kepada rakyat.
Bagi saya, amat bagus menuntut perubahan. Bahkan dalam diri kita sendiri, kita perlu berubah ke arah lebih baik. Jika mampu, dapatkanlah kehidupan yang lebih baik. Jika mahu, dapatkanlah pekerjaan yang lebih menjamin masa depan. Sampai bila kita hendak terus berasa selesa tanpa sebarang penambahbaikan pada diri kita?
Bagi saya, saya mengimpikan sebuah kerajaan yang diberkati oleh Allah, yang menjamin keharmonian, kesejahteraan dan keselamatan bagi rakyat dan negara. Mungkin sangat simple tapi jika dihuraikan impian saya, pasti berjela-jela panjangnya, seperti kefahaman Syahadatain bagi seorang Muslim.
Jadi teruslah berubah ke arah kebaikan hingga mendapat yang apa yang diidam-idamkan. Jika mahu BN terus memerintah, undilah BN jika rasa boleh diperolehi kebaikan dan dapat dilakukan perubahan. Jika mahu PR, undilah PR jika perubahan dapat dilakukan lebih baik dari kerajaan sedia ada. Sekiranya, kerajaan baru yang dibentuk tidak dapat melakukan perubahan sebaik-baiknya, maka teruslah lakukan perubahan. Teruskanlah berubah sehingga perubahan total untuk negara, agama dan masyarakat dapat dilaksanakan.
Maka, teruskanlah berubah hingga dapat membentuk KERAJAAN YANG DIBERKATI ALLAH dan perubahan tidak akan berhenti sampai di sini saja. Tidak mahukah kalian mempunyai kerajaan seperti yang diperintah oleh Khulafa Al-Rasyidin atau Khalifah Umar Abdul Aziz?