Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan (mendapat) tempat yang baik di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah lebih besar. Itulah kemenangan yang agung. (At-Taubah: 72)
Thursday, June 20, 2013
Friday, June 7, 2013
Kapsul Al-Kahfi
Firman Allah: "(Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa, 'Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.'" (Al-Kahfi, 18: 10)
Tarbiyah Allah yang melahirkan pemuda-pemuda yang diceritakan di dalam al-Quran menggambarkan bahawa itulah tarbiyah yang sebenar. Begitu juga tarbiyah yang melahirkan remaja kental pada zaman Rasulullah seperti Ali bin Abi Talib dan Zubair bin Awwam. Maka, kelompok pemuda dan remaja ini, bukanlah kelompok yang kita gambarkan sebagai hingusan dan tidak matang, sebaliknya, jika mereka ini dijaga sebaik-baiknya, maka akan menjadi generasi yang unggul pada masa hadapan.
Merujuk artikel saya sebelum ini, http://imam-abuhanifah.blogspot.com/2013/01/tarbiyah-remaja-pembinaan-rijal-idaman.html, Generasi Al-Kahfi ini mungkin akan dilihat sebagai golongan yang sedikit yang tidak punyai apa-apa, tapi kesannya pada tarbiyah, seluruh masyarakat beriman kepada Allah. Begitu jua kisah Ashabul Ukhdud.
Mengambil maksud 'Kapsul' iaitu 'Kotak Kecil', maka, ianya ruangan kecil untuk mentarbiyah remaja-remaja menjadi Generasi Al-Kahfi. Kapsul inilah yang dipanggil Usrah atau Halaqah, ruangan untuk mentarbiyah jiwa-jiwa manusia untuk menjadi lebih baik, dan bagi remaja, ianya tidak terkecuali untuk memperolehi manfaatnya. Moga-moga Kapsul Al-Kahfi ini diberkati oleh Allah dan mengikut tarbiyah acuan dari Allah.
Wednesday, June 5, 2013
Biarlah Gambar Berbicara...
Jika permusuhan lampau dijadikan ukuran, pasti kedua-dua wanita ini tidak semesra begini. Perkara yang lampau bukannya asbab untuk terus bermusuh dan diwarisi permusuhan itu. Jika mereka mampu begini, bagaimana pula dengan Gerakan Islam?
Sunday, June 2, 2013
Nyah Kau Taghut!!
Taghut adalah benda yang melampaui batas
(mengingkari Allah) dan masyarakat akan mengikutinya sama ada terpaksa atau
rela.
Begitu juga apabila sesebuah masyarakat
berdepan dengan sebuah kerajaan taghut. Meskipun terlalu banyak kerosakan dan
kezaliman yang telah dilakukan oleh taghut ini, mereka masih lagi cenderung
untuk mengekalkan taghut yang sedia ada. Mereka sedar akan segala kerosakan
yang telah dilakukan, tetapi si taghut berjaya menundukkan dan menakutkan
mereka. Maka, di antara sebabnya ialah bimbang bantuan akan disekat, takut kehilangan
kerja, takut kemewahan ditarik balik dan sebagainya. Maka, berjayalah usaha taghut
selama ini.
Bagi golongan yang masih takut untuk berdepan
dengan kerajaan taghut ini, kembalilah kita semua kepada Al-Quran.
Firman Allah: “Katakanlah (Muhammad), ‘Wahai
Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau
kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.
Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun
yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh, Engkau
Mahakuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau
masukkan siang ke dalam malam. Dari Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati,
dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau berikan rezeki
kepada siapa yang Engkau kehendaki tanpa perhitungan.’” (Ali-Imran, 3: 26- 27)
Firman Allah: “Milik Allah-lah apa yang ada di
langit dan apa yang ada di bumi. Jika kamu nyatakan apa yang ada di dalam hatimu
atau kamu sembunyikan, nescaya Allah memperhitungkannya bagimu. Dia mengampuni
siapa yang Dia kehendaki dan mengazab siapa yang Dia kehendaki. Allah Mahakuasa
atas segala sesuatu.” (Al-Baqarah, 2: 284)
Bukan manusia yang menciptakan kamu dan seluruh
alam ini, tetapi ALLAH!
Bukan manusia yang menaburkan rezeki kepada
kamu, tetapi ALLAH!
Bukan manusia yang menghidupkan dan mematikan
kamu, tetapi ALLAH!
Bukan manusia yang kamu taati dan sembah,
tetapi ALLAH!
Maka, buangkanlah perasaan takut kepada taghut.
Buanglah atau nyahkanlah si taghut itu seperti apa yang dilakukan oleh Nabi
Musa apabila menumbangkan raja segala taghut iaitu Firaun.
Subscribe to:
Posts (Atom)