Rasanya, tidak terlambat hendak mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada seluruh muslimin muslimat. Alhamdulillah, dapat juga meraikan Hari Raya seperti biasa, seperti tahun-tahun lepas. Setiap kali menjelang Hari Raya, sudah pasti akan berjalan jauh atau melancong ke luar Negeri Sembilan. Ramai kawan-kawan pelik dan bertanyakan saya, kenapa setiap Hari Raya, saya akan melancong padahal kebanyakan mereka akan pulang ke kampung datuk dan nenek. Jawapan saya, keempat-empat ibu bapa (termasuklah penjaga) asalnya orang Seremban dan datuk dan nenek semua telah meninggal dunia. Jadi, Hari Raya ni, hanya ziarah saudara mara terdekat. Ketika arwah nenek masih hidup pun (saya tak sempat jumpa datuk-datuk saya), tidak la jauh sangat rumah nenek tu. Pokoknya, saya tak pernah tengok, orang-orang tua saya bertengkar, melobi anak-anak dan mengundi untuk balik ke kampong yang mana satu.
Hari Raya tahun ini, saya dan keluarga melancong ke Indonesia di sekitar Jakarta dan Bandung bermula Hari Raya Kedua hingga Keenam. Mulanya, agak risau tentang berita anti-Malaysia di Indonesia tapi Alhamdulillah, tiada apa yang ditakutkan. Cuma di kaca televisyen, heboh tentang kes Manohara dengan Putera Sultan Kelantan. Entah siapa yang betul, siapa yang salah. Juga heboh dengan kematian Nordin M.Top serta sejarah keganasan bersama Dr Azhari sebelum ini. Entah betul atau tidak.
Membeli belah adalah kegemaran kaum wanita. Saya mengatakan berikut apabila melihat terus kegemaran ibu saya. Memang Jakarta dan Bandung ibarat syurga membeli belah dengan kualiti yang baik dan harga yang jauh lebih murah dari Malaysia. Apa jua barang sama ada pakaian, perabot dan sebagainya. Saya pun naik bersemangat membeli belah tapi pada buku-buka agama. Harga Tafsir Ibn Katsir 1,330,000 Rp bersamaan lebih kurang RM 500. Kalau di Malaysia harganya RM800, macam mana saya tak bersemangat hendak beli. Tafsir Imam Syafi’i juga dalam lingkungan harga RM240. Sayang sekali, tiada tafsir Imam Abu Hanifah. Saya cukup kagum dengan kehebatan masyarakat mereka yang banyak menghasilkan buku-buku agama yang terkini dan berkualiti. Bahkan penafsiran al-Quran dan Hadith cukup pantas jika dibandingkan dengan Malaysia. Mungkin ini sebabnya, penyebaran dan kesedaran agama Islam cukup hebat di sana.
Di sebalik kehebatan bandaraya Jakarta, sebenarnya masih ramai rakyatnya yang jauh ketinggalan dan miskin. Menurut seorang pemandu teksi yang membawa kami, rakyat di Indonesia ini, yang kaya akan melampau kaya dan yang miskin akan melampau miskin. Saya teringat keadaan di tengah-tengah bandaraya, anak-anak muda bermain muzik di tepi jalan raya dan kawasan lampu isyarat semata-mata hendak mendapatkan wang. Alangkah pilunya hati ini. Mengambil kata-kata seorang pengamal undang-undang di Indonesia, apa yang berlaku ini adalah disebabkan kesilapan ketika hendak mencapai kemerdekaan. Apabila Indonesia merdeka, pembangunan Negara diberikan dua pilihan sama ada undang-undang ataupun terus kepada ekonomi. Maknanya, sekiranya negara memilih mendahulukan undang-undang, segala pembangunan akan melihat dari segi kewajaran ekonomi itu sama ada bebas dari sebarang penyelewengan ataupun korupsi. Sebaliknya, jika negara memilih untuk terus kepada ekonomi, ekonomi akan dibangunkan tanpa sebarang halangan penyelewengan ataupun senang faham, bangunkanlah ekonomi melalui cara apa pun asalkan berjaya. Cara kedua inilah boleh diibaratkan “Matlamat menghalalkan cara!” Sayangnya, pemerintah negara ini memilih cara kedua untuk membangunkan negara dan ini lah akibatnya. Saya sempat bertanya tentang beberapa tokoh di Indonesia kepada dia termasuklah SBY, Hidayat Nur Wahid, Amien Rais, Megawati dan Suharto tetapi dia lebih cenderung atau suka kepada pimpinan SBY yang berusaha menghapuskan korupsi, rasuah dan sebagainya. Tetapi, dia juga berpendapat, agak sukar untuk melakukan perubahan ini yang sudah tentu mengambil masa yang cukup lama.
Mungkin bercakap atau menjanjikan sesuatu cukup mudah dari melaksanakan. Kita mungkin senang cakap untuk menghapuskan rasuah, menutup kilang arak, pusat judi dan kasino tetapi perkara ini bukanlah semudah yang disangka. Bahkan cukup sukar sekiranya masyarakat yang berbilang bangsa dan agama sehinggakan semangat perkauman cukup menebal.
Di sebalik lawatan saya ke Indonesia ini, saya cukup berfikir tentang kondisi di Malaysia. Ramai beranggapan rakyat Malaysia adalah rakyat yang cukup bertuah tetapi adakah kita benar-benar bertuah? Wujud juga perbezaan darjat yang ketara meskipun tidak sedahsyat Indonesia. Bagaimanalah kita hendak mengubahnya di samping memperbaiki akhlak-akhlak masyarakat yang makin lama semakin jauh dari agama. Masyarakat kita semakin lama, membawa sikap individualistik tanpa menghiraukan keadaan umat di sekitarnya. Lebih mengutamakan kerjaya, kekayaan tanpa memikirkan keadaan umat.
Entah sihat ke tidak jiran kita?
Entah makan dan minum ke tidak mereka?
Entah solat ke tidak mereka?
Masih beriman lagi atau tidak mereka?
Saya teringat satu sms yang dikirimkan oleh seorang sahabat pada tahun lepas yang masih saya simpan hingga sekarang kerana mengandungi erti yang cukup mendalam.
“Inginku sampaikan kepada kalian semua, jiwaku bebas dan merdeka, mungkin kau melihat aku tak punya harta tetapi aku bahagia, bahagia mencipta bangunan manusia berjiwa hamba, bahagia bekerja walaupun buruh biasa. Inginku sampaikan kepada kalian, kebahagiaan yang ALLAH campakkan ini seringkali buatku menangis, bagaimana ku bisa mengajak kalian berbahagia bersama?”
Andai Nabi Muhammad s.a.w. masih menyebut “umatku...umatku..” di saat kewafatan beliau, mengapa tidak kita. Semoga Allah menjadikan diriku dan diri kalian terus tabah untuk mengembara menyebarkan Islam dan semoga umat muslimin dan muslimat menjadi keutamaan sepanjang hayat.

No comments:
Post a Comment