Marhalah Dakwah ataupun Tahapan Dakwah sememangnya cukup-cukup penting dalam proses kita mentarbiyah seseorang. Bahkan, kita juga perlu memastikan bahawa kita juga ditarbiyah sebegitu rupa berdasarkan tahapan tersebut. Marhalah Dakwah terbahagi kepada tiga:
Tahapan yang pertama ialah Pengenalan (Ta'rif). Ta'rif merangkumi proses Tabligh dan Taklim. Pada tahapan ini adalah proses di mana merubah kejahilan kepada pengetahun. Inilah tahapan di mana seseorang itu disentuh dengan nilai-nilai murni Islam sehinggakan dia cenderung untuk lebih dekat dengan Islam. Wasilah yang digunakan adakalanya dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar, adakalanya dalam bentuk membina prasarana yang berguna untuk masyarakat dan pelbagai lagi wasilah yang praktikal. Pada tahapan inilah, dianjurkan program umum seperti ceramah, kuliah, tazkirah, menyampaikan risalah, ziarah dan penulisan blog dakwah yang bertujuan untuk menarik minat mad'u (orang yang didakwahi) kepada Islam dan dakwah. Penubuhan sekolah, pusat tuisyen dan rumah kebajikan juga merupakan antara wasilah untuk mendekatkan Islam kepada masyarakat. Ianya bukan sekadar membuat program umum yang habis begitu sahaja tetapi haruslah disusuli dengan follow up untuk memastikan penyampaian Islam itu dapat diteruskan.
Tahapan yang kedua pula ialah Pembentukan (Takwin). Takwin adalah proses di mana merubah pengetahuan kepada fikrah dan seterusnya kepada harakah. Hasil pada tahapan pertama itu, maka perlu ditakwinkan mad'u-mad'u tersebut dalam usrah, halaqah, daurah dan mukhayyam. Pada tahapan inilah, mad'u-mad'u ini dibentuk untuk menjadi seorang muslim dan muslimah yang baik dan menjadi seorang pendakwah atau dai'e. Untuk itu, proses takwin ini perlulah konsisten dilaksanakan dan diutamakan dari segala-galanya. Justeru itu, kehadiran dalam usrah adalah wajib dan perlu diadakan secara berkala seperti setiap minggu. Jika bertembung usrah dengan program umum atau aktivisme, maka usrah itulah yang perlu diuatamakan. Sekiranya usrah tidak dilaksanakan secara konsisten dan mengalami masalah dari segi kehadiran, maka penyakit ini haruslah diubati secepat mungkin untuk mengelak ianya terus merebak dan merosakkan komitmen ahli yang lain. Kata-kata Mustafa Mashyur yang cukup melekat dalam hati: “Tarbiyyah itu bukanlah segala-galanya tetapi tanpa tarbiyyah segala-galanya sia-sia.”
Menurut Hasan al-Banna, melalui tahapan ini, individu-individu yang sesuai dipilih untuk memikul tanggungjawab jihad dan mereka kemudiannya digabungkan dalam saf. Dalam tahapan ini, dakwah disusun menggunakan kaedah sufi sepenuhnya dalam sudut rohani dan menggunakan kaedah ketenteraan sepenuhnya dalam sudut amali. Slogan bagi kedua-dua sudut ini ialah "Perintah dan Taat" tanpa ada rasa teragak-agak, bersoal jawab, ragu-ragu dan keberatan. Orang yang berhubung dengan dakwah hanyalah orang yang sudah benar-benar sedia memikul tanggungjawab jihad yang akan berlangsung dalam tempoh yang lama dan menuntut pelbagai tanggungjawab. Tanda pertama kesediaan ini ialah "Ketaatan Mutlak."

Tahapan yang terakhir ialah Pelaksanaan (Tanfiz). Tanfiz adalah proses pelaksanaan untuk memperolehi hasil dan matlamat iaitu keredhaan Allah. Dalam tahapan ini, dakwah adalah jihad tanpa kompromi, kerja yang berterusan ke arah mencapai matlamat, ujian dan cubaan yang akan hanya ditempuh dengan sabar oleh mereka jujur. Kejayaan dalam tahapan ini hanya akan diperolehi melalui "Ketaatan Mutlak." Sebagai contoh, penentangan secara berterusan oleh HAMAS di Palestin seperti melaksanakan bom syahid sehinggalah berjaya membentuk negara Palestin yang bebas dan membebaskan Masjid al-Aqsa sekaligus menyahkan kaum Zionis dari bumi Palestin.
Firman Allah: "Dan di antara manusia ada orang yang mengirbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya." (Al-Baqarah, 2: 207)
Firman Allah: "Katakanlah (Muhammad), 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam'" (Al-An'am, 6: 162)
Persoalan kini, adakah kita mentarbiyah atau ditarbiyah dengan mengikut tahapan yang benar? Justeru itu, nilailah tanggungjawab yang kita laksanakan. Siapkanlah diri kita untuk memenuhi tanggungjawab ini.

No comments:
Post a Comment