Ketika berjalan di deretan kedai pada hari Ahad lepas bertarikh 21 Mac 2010, terbaca muka depan Berita Minggu:
“17303 anak luar nikah didaftar 2009”
Melihat angka terus saya buat perkiraan. Maknanya, secara purata, seramai 47 orang anak luar nikah dilahirkan dalam sehari dan hampir 2 orang anak luar nikah dilahirkan dalam sejam. Ini tidak termasuk, jumlah yang tidak didaftarkan dan yang tidak dijumpai setelah dibuang. Sudah pasti jumlahnya akan menjadi lebih ramai.
Alahai masayarakat kito, apo nak dikatokan??
Di saat masyarakat hendak meneroka angkasa lepas, di saat itu, akhlak masyarakat makin jatuh merudum.
Di saat kononnya, masyarakat melangkaui arus kemodenan, di saat itu, sosial masyarakat memasuki era jahiliyah.
Di saat YB Ahli Parlimen dan ADUN bertelagah tentang perebutan kuasa di Parlimen dan DUN, di saat itu, mereka lupa untuk membicarakan atau mencari solusi yang paling mujarab untuk masalah ini.
Begitu ramai pasangan yang memilih untuk menjauhi maksiat dengan bernikah tetapi ada yang lambat dikurniakan zuriat dan ada pula yang tidak memperolehi zuriat. Tetapi, sayangnya mereka yang memilih untuk mendekati maksiat atau berzina, begitu cepat dikurniakan anak luar nikah. Mengapa ini terjadi? Barangkali, Allah nak tunjukkan kepada kita betapa teruknya masyarakat sekarang ini. Mungkin tak terkena batang hidung kita, jadi kita pun ambil perasaan endah tak endah sahaja.
Dalam soal ini, seharusnya kita meneliti dua aspek iaitu:
1) Memelihara Keturunan 2) Kenikmatan
Perkara yang pertama perlu ditekankan untuk memastikan bahawa keturunan sentiasa terpelihara dengan baik dan si anak tahu siapa bapanya yang sebenar. Bagi mereka yang berzina, ternyata hanya melihat aspek yang kedua sahaja tanpa menghiraukan aspek yang pertama. Maka, lahirlah anak-anak luar nikah yang tidak berdosa yang tidak pasti siapakah bapanya kerana terlalu banyak benih-benih lelaki yang masuk dalam kandungan perempuan yang melahirkannya. Na’uzubillahi minaz zalik. Justeru kedua-dua aspek tersebut perlu dititikberatkan untuk menyelamatkan keturunan orang Islam dari terus tercemar.
Saya menganggap keadaan moral dan akhlak masyarakat terutama orang Islam semakin kronik dengan terlerainya isu ini. Kenapa saya tujukan kepada orang Islam dan tidak secara keseluruhan masyarakat kita? Kerana saya cukup yakin, majoriti yang terlibat adalah orang Islam. Sebagai umat majoriti di Malaysia ini, sepatutnya kita menjadi contoh ikut kepada yang lain tetapi sayang sebaliknya yang berlaku.
Anda, wahai perempuan, telah mengambil kenikmatan namun mengabaikan tujuan memelihara keturunan.
Anda, wahai lelaki, telah mengambil kenikmatan namun mengabaikan tujuan memelihara keturunan.
Sementara Allah menghendaki agar Anda mengambil kenikmatan dan proses memelihara keturunan secara bersamaan.
Anda, wahai lelaki, telah mengambil kenikmatan namun mengabaikan tujuan memelihara keturunan.
Sementara Allah menghendaki agar Anda mengambil kenikmatan dan proses memelihara keturunan secara bersamaan.
Salam...sesak dada bila melihat jumlah angka anak luar nikah yang ada sekarang...ramai bangat mrk yang berzina...astaghfirullahal azhim..moga kita mudah dikurniakan zuriat yang soleh, solehah, hafiz, hafizah lagi menjadi seorang mujahid dan mujahidah yang sanggup syahid untuk Islam..amin..
ReplyDelete