Dalam seminggu dua ni, agak sibuk berpindah randah ke rumah sewa yang baru. Dalam kesibukan berpindah itu, moga-moga tidak dilupakan banyak perkara-perkara yang penting apabila merentasi kehidupan yang lebih mencabar. Program-program tarbiyah, ziarah keluarga saudara mara yang mengajak datang ke rumah dan kerja sebagai jurutera di samping Master yang cukup menyibukkan. Agak perlahan progress Master setakat ini walaupun telah banyak kali ditegur oleh supervisor.
Bila berpindah ke rumah baru ini, ibu bapa saya seolah-olah tidak menggalakkan. Mungkin terlalu sekejap untuk berukhwah atau bermesra dengan menantu barunya. Namun, apakan daya, tugas dan beban yang dipikul sekarang ini menuntut untuk cepat berpindah ke medan baru. Alhamdulillah, keluarga saya dan keluarga isteri saya banyak membantu proses perpindahan ini. Pada asalnya, mungkin dalam pemikiran saya dan isteri, memadai dengan kemampuan kami sekarang ini dan barang-barang yang sedia ada semasa zaman bujang. Tetapi, itulah rezeki atau nikmat namanya. Bak kata isteri saya, “sekelip mata je berubah rumah ni hasil bantuan keluarga kami berdua.”
Semoga dengan bantuan kalian termasuk juga bantuan sahabat-sahabat yang menawarkan diri, diberkati oleh Allah. Semoga Allah memberikan manfaat yang lebih besar buat kalian melebihi apa yang kalian berikan bantuan kepada kami. Semoga ana dan isteri termasuk golongan yang sentiasa bersyukur atas nikmat dan rahmatnya dan akan memanfaatkan nikmat tersebut sebaik-baiknya.
No comments:
Post a Comment