Dikongsikan bersama perkongsian dakwah dari seorang Ikhwah:
Selesai saja solat Asar, ana duduk di surau menantikan wajah-wajah yang biasa hadir ke usrah mingguan. Dari makluman sms tadi, hanya seorang saja mutarobbi yang akan datang untuk usrah kali ini. Yang lainnya, sibuk dengan aktiviti universiti. Ana dulu pun pernah masuk universiti juga tapi tak lah ligat sangat macam ni. Takpelah, seorang pun seorang lah... Sambil menunggu, tilawah Al-Quran sebentar.
Telefon tak berangkat. SMS tak berbalas. Aduhai, mana pula perginya mutarobbi ana seorang ni. Tadi, kata boleh datang, sekarang tak respond pula. Dah lah jauh perjalanan sekali dengan jammed di pusat bandar, dia pula tak muncul-muncul. Ana ambil sebuah buku untuk pembentangan usrah malam ini. Tajuk – Sabar. Macam sesuai sangat pada waktunya.
Ketika nak pulang, ana letak satu tekad – ana tak akan pulang selagi tidak DF (dakwah fardiah) seorang mad'u. Tiba-tiba, muncul seorang pelajar masuk ke surau dan solat Asar. Selepas dia solat, terus ana jumpa dan ajak tilawah dan tadabbur al-Quran. Alhamdulillah, Good Respond.
Dalam perjalanan pulang, dapat satu SMS dari mutarabbi yang tak muncul-muncul tadi, “Abang, minta maaf, saya tertidur tadi.” Ana teringat kata-kata murobbi ana masa di universiti, “Siapa yang tak nak bersama-sama dan yang beri bermacam-macam alasan dalam tarbiyah ini, tinggalkan dia setelah bermacam-macam layanan kita. Fokus pada yang mahu saja.”
Pada usrah di malam hari, ana mengadu pada murobbi ana yang ana hampir give up dengan medan yang sedia ada setelah bertahun mencuba. “Takpe akhi, anta sabar dulu di medan anta. Mana tahu Allah bagi hasil dengan mad'u baru anta tu.”
Ana terus fokus pada masa hadapan. Alhamdulillah, mad'u yang dijumpai itu rupanya komited dalam dakwah dan banyak lagi rakan-rakannya yang lain yang ditariknya.
Kita mungkin mengharapkan yang terindah dalam dakwah dan tarbiyah ini, tapi mana mungkin itu akan berlaku. Jika Nabi dan Rasul diuji dengan kesusahan, mustahil bagi kita, orang yang banyak melakukan dosa tidak diuji. Memang Down bila di dalam dakwah ni, silap-silap boleh jadi Down Sindrom! Sindrom inilah yang sukar untuk dihadapi dan kadang-kadang tak larat untuk berhadapan dgn keadaan ini. Tapi itulah syarat wajib berada dalam dakwah ini. Mustahil, orang yang banyak menghabiskan masa dengan dakwah tidak pernah berdepan dengan situasi ini. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment