Ruang terkurung atau 'Confined Space' bermaksud ruang tertutup atau separa tertutup pada tekanan atmosfera semasa dihuni dan tidak disediakan atau direkabentuk untuk digunakan terutamanya sebagai tempat kerja dan boleh pada bila-bila masa mempunyai atmosfera yang mengandungi paras bahan cemar yang mungkin memudaratkan, mengalami kekurangan atau berlebihan oksigen, atau menyebabkan pelingkungan dan mempunyai laluan masuk dan keluar yang terhad.
Maka, aspek keselamatan dalam melaksanakan pekerjaan di ruang terkurung amat dititikberatkan. Seolah-olah ianya keperluan yang paling utama apabila hendak melaksanakan kerja. Masakan tidak, bekerja di ruang terkurung ini sangat meluas perlaksanaannya ketika ini.
Maka, tidak hairanlah, golongan beriman turut memanfaatkan ruang terkurung ini sebagai tempat memperkembangkan dan mempertahankan risalah Islam.
Firman Allah: “Apakah kamu mengira bahawa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai raqim) itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang menghairankan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: 'Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sis-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).'” (Al-Kahfi, 18: 9 – 10)
Firman Allah: “Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: 'Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita.' Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi maha Bijaksana.” (At-Taubah, 9: 40)
Dalam kisah Pemuda Kahfi, gua sebagai ruang terkurung adalah medan di mana mereka mempertahankan akidah mereka dari pemimpin yang zalim. Begitu juga Rasulullah dan Abu Bakar as-Siddiq bersembunyi di gua apabila diburu oleh kaum Musyrikin ketika hendak berhijrah. Maka, ruang terkurung inilah yang menjadi saksi akan pengorbanan mereka mempertahankan akidah dengan Allah menjaga keselamatan mereka.
Maka, apa lagi yang kita khuatir dengan ruang terkurung ciptaan Allah ini? Ia bukannya teknologi baru bahkan Rasulullah serta orang-orang beriman telah menempuhinya. Teruskanlah kerja-kerjamu di ruang terkurung agar dapat merasai kenikmatan seperti yang dirasai oleh pendakwah sebelum ini.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment