“Sungguh, telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah (Allah), kerana itu berjalanlah kamu ke (segenap penjuru) bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan (rasul-rasul).” (Ali-Imran, 3:137)
“Adapun hamba-hamba Tuhan yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan ‘salam’” (Al-Furqan, 25:63)
Semua sedia maklum, tersebarnya Islam ke seluruh pelosok dunia disebabkan pengembaraan yang tidak kenal henti para anbiya’, para sahabat dan para daie untuk menyebarkan Islam. Rasulullah sendiri puas mengembara ke Ta’if, Madinah untuk menyebarkan Islam. Para Sahabat Rasulullah sendiri meluaskan empayar penaklukan Islam dengan pengembaraan ini. Seterusnya diteruskan oleh para Tabi’in hinggalah Islam itu berkembang luas.
Adakah kita lupa? Adakah kita lupa? Islam pernah memerintah 2/3 dunia?
Bagaimana ini boleh berlaku? Ya, dengan pengembaraan yang tidak kenal henti untuk menyebarkan Islam.
Usah dilupa juga kepada ulama’ muktabar yang banyak memerah keringat dan idea berijtihad dalam masalah fiqh dan sebagainya. Siapa yang tidak kenal dengan empat serangkai Imam Mazhab; Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad bin Hanbal. Imam-imam ini adalah pengasas kepada Mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali. Mazhab Hanafi tersebar luas ke Asia Tengah, Turki, negara-negara Arab seperti Iraq, Jordan, Palestin, Syria dan Lebanon dan benua kecil India termasuk Afghanistan, Pakistan, India dan Bangladesh. Mazhab Maliki pula tersebar ke Afrika Utara seperti Libya, Tunisia, Algeria dan Maghribi, Afrika Barat seperti Nigeria dan Andalus. Mazhab Syafi’i pula tersebar di Mesir, Yaman, Selatan India, Sri Lanka dan negara-negara Islam di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesi dan Brunei. Manakala Mazhab Hanbali terhad penyebarannya di Arab Saudi dan beberapa Negara Teluk seperti Emiriah Arab Bersatu dan Qatar.
Bagaimana boleh tersebarnya mazhab dan ijtihad mereka ini ke seluruh pelosok dunia Islam? Tidak lain dan tidak bukan, tersebar melalui penulisan dan pengembaraan anak-anak murid Imam-imam tersebut dalam menyampaikan ijtihad mereka.
Di mana kita sekarang? Adakah kita sudah memulakan pengembaraan? Atau pun telah lama mengembara? Atau pun masih statik posisi kita sebagai pelajar, ustaz, professional dsb? Betapa di dalam al-Quran sendiri, umat Islam digalakkan mengembara kerana dengan mengembara sudah tentu akan lebih memberi manfaat kepada si pengembara. Para pengembara sudah pasti menjumpai sesuatu perkara baru seperti adat, budaya dan gaya hidup setempat dan berkenalan dengan lebih ramai manusia.
“Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan.”
“Jauh Perjalanan, Banyak Pengalaman.”
Ayuh.... “Pengembaraan Bermula”
Pengembaraan di sini spt penghijrahan la ex..tu la umat skrg ni lalai dgn kehidupan dunia yg penuh dgn hiburan.Kita seolah-olah berasa selesa dgn Islam skrg,padahal umat kita di zaman ini tak jauh berbeza dgn zaman jahiliah..Ayuh sama2 kita mulakan pengembaraan.Yang penting penghijrahan diri dari yang buruk kepada yang lebih baik..Wallahhualam..
ReplyDeleteBerhijrah dari tempat yang kurang baik ke tempat yang baik ataupun dari tempat yang baik ke tempat yang lebih baik.
ReplyDeletePengembaraan untuk mencari dan memberi manfaat kepada diri dan masyarakat