Firman Allah: "Mengapakah kalian enggan berbelanja pada jalan Allah, padahalAllah mewarisi (khazanah kekayaan) langit dan bumi? (Sesungguhnya) tidak sama (martabat) orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sebelum pembukaan (Makkah)(dengan mereka yang berjuang selepas itu). Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang-orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sesudah itu. (Kendatipun begitu) Allah menjanjikan kepada mereka semua (balasan) yang lebih baik. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (al-Hadid, 57 : 10)
Al-Wahidi meriwayatkan pendapat al-Kalbi bahawa asbabun nuzul adalah mengenai Abu Bakar al-Siddiq r.a. Disebutkan bahawa Ibnu Umar meriwayatkan bahawa ketika Rasulullah duduk bersama Abu Bakar, Abu Bakar sedang memakai a'ba'ah yang bertampal dengan kain lain. Tiba-tiba Jibril datang menemui Nabi. Jibril mengucapkan salam dan berkata: "Hai Muhammad, mengapaku lihat Abu Bakar memakai a'ba'ah yang bertampal kain lain di dadanya." Baginda menjawab: "Wahai Jibril, beliau telah membelanjakan hartanya untukku sejak sebelum Kota Makkah dibuka lagi." Jibril berkata: "Sampaikan salam Allah kepadanya dan katakan kepadanya bahawa Allah bertanya, adakah kamu suka atau marah kepadaKu kerana kefakiranmu?" Nabi berpaling kepada Abu Bakar dan berkata: "Wahai Abu Bakar, Jibril datang menyampaikan salam Allah kepadamu dan bertanya, adakah engkau suka atau marah kepada Allah kerana kefakiranmu?" Abu Bakar lantas tersedu menangis (dan menjawab): "(Mana mungkin) aku marah kepada Tuhan. Aku redha dengan Tuhan. Aku rela dengan Tuhan."
Tidak sama di antara orang yang menginfaqkan harta pada jalan Allah dan berperang sebelum pembukaan Makkah dengan orang yang menginfaqkan harta dan berperang selepas pembukaan Makkah. Mereka itu (golongan terdahulu) merupakan orang-orang yang mendapat ganjaran lebih besar berbanding orang lain. Ini kerana pada peringkat awal keperluan manusia sangat tinggi dan bilangan mereka sedikit serta lemah. Tambahan pula, harta mereka sedikit. Sedangkan selepas pembukaan kota Makkah, bilangan kaum muslimin sudah bertambah ramai dan harta semaki banyak.
Allah menjanjikan ganjaran yang baik bagi kedua-dua golongan tersebut iaitu syurga dengan pelbagai darjat. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui amalan dan keadaan kamu, sama ada yang zahir dan batin. Kemudian Dia memberi ganjaran kepada kamu. Sebenarnya tiada yang kamu lakukan tersembunyi dari pengetahuan-Nya. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Anas katanya: Pada satu masa dulu, hubungan antara Khalid al-Walid dengan Abdul Rahman bin 'Auf agak tegang sedikit. Khalid menempelak Abdul Rahman dengan berkata sinis: "Kalian hendak membesar diri daripada kami dengan sumbangan masa lampau kalian."
Ucapan itu disampaikan kepada Nabi. Baginda lalu berkata:
"Jangan sesiapa menempelak para sahabatku. Demi Allah, yang nyawaku di tangan-Nya jika ada sesiapa di antara kalian yang berkorban (infaq) emas sebesar gunung Uhud atau sebesar gunung, nescaya masih tidak dapat menandingi pengorbanan para sahabat leluhur."
Rujukan:
1) Prof. Dr. Wahbah Mustaffa al-Zuhaily, “Tafsir al-Munir, Juz 27 ”, Persatuan Ulama Malaysia & Intel Multimedia and Publication, 2002.
Rujukan:
1) Prof. Dr. Wahbah Mustaffa al-Zuhaily, “Tafsir al-Munir, Juz 27 ”, Persatuan Ulama Malaysia & Intel Multimedia and Publication, 2002.
Rasulullah bersabda: Sedekah paling tinggi nilai di sisi Allah ketika org itu sedang sihat,sgt syg dan tamak kpd hartanya,sgt takut kpd fakir,sgt nk bertambah kaya.Itulah sedekah yg benar2 mulia di sisi Allah.
ReplyDeleteRasulullah bersabda: Setiap hari/pagi akan turun 2 malaikat.Malaikat pertama berdoa.Ya Allah,berilah org yg bersedekah diberi ganti kpd nilai yg di sedekah dan malaikat kedua pula berdoa berilah kepada org yg kedekut/bakhil kpd kemusnahan.