Ramadhan adalah satu-satunya bulan yang dinyatakan kelebihan dalam Al-Quran. Kita juga sedia maklum tentang kelebihan bulan Ramadhan. Bulan yang mengandungi Lailatul Qadar yang mempunyai kelebihan 1000 bulan iaitu bonus yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hamba yang disayanginya.
Firman Allah: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam Qadr. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar." (Al-Qadr, 97: 1 - 5)
Bulan Ramadhan adalah proses untuk mencetuskan momentum ibadah dan dakwah supaya ia tetap kekal unggul dalam tempoh 11 bulan akan datang. Justeru itu, wujudnya ibadah yang cukup unik yang pada bulan Ramadhan seperti puasa fardhu, solat sunat tarawikh, zakat fitrah, tadarus Al-Quran dan iktikaf pada 10 malam terakhir. Ketika di bulan Ramadhanlah, selalunya berbondong umat Islam ke masjid dan surau untuk menunaikan solat fardhu dan solat sunat tarawikh secara berjemaah yang ternyata berbeza dengan bulan-bulan yang lain. Di bulan Ramadhan juga lah, ramai yang khatam Al-Quran dalam 1 bulan meskipun pada bulan-bulan yang lain hanya membaca beberapa ayat sahaja dalam sehari. Perubahan ini bukanlah 'magic' pada seseorang itu tapi itulah rahmat yang dikurniakan Allah.
Namun, ada perkara yang tidak sepatutnya berlaku tapi ianya berlaku pada bulan Ramadhan. Ketika di bulan tarbiyyah ini, sepatutnya mendidik jiwa dan nafsu diri kita namun sebaliknya berlaku. Banyak promosi untuk berbuka puasa di tempat yang eksklusif seperti di hotel-hotel dan restoran mewah yang sebenarnya dilihat lebih cenderung ke arah pembaziran. Ada sesetengah tempat yang menawarkan harga sehingga RM 70 / seorang. Yang paling murah pun sekitar RM 40 / seorang. Secara logiknya, mampukah perut kita menampung makanan yang sesuai dengan harga tersebut? Kalau ditawarkan harga sekitar RM 10 - RM 15 / seorang, bagi saya mungkin logik dengan kemampuan seseorang. Bagi sesetengah orang melihat itu adalah normal ataupun "takpe, bukan selalu pun..." Bukankah bulan tarbiyyah ini mendidik jiwa menjadi lebih sensitif dengan keadaan sekeliling dan tidak mengamalkan pembaziran? Silap-silap, makan hingga tidak solat Maghrib dan seterusnya tidak larat untuk menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawikh!!
Barangkali, matlamat kita apabila memasuki madarasah Ramadhan adalah untuk menjadikannya sebagai Pesta Ibadah atau pulun secukup-cukupnya ibadah di bulan ini. Namun, ada pula golongan yang berhasrat menjadikan atau menukarkan matlamat kepada Pesta Makanan atau pulun secukup-cukupnya makanan yang terhidang di depan mata. Sama ada, memang betul-betul nak makan atau saja suka-suka atau untuk berbangga-bangga makan di tempat yang eksklusif. Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment