Buat pertama kali, Belanjawan Negara dibentang oleh dua pihak iaitu Kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Jadi, rakyat masih proses menilai, Bajet 2013 yang mana harus dipilih dan seterusnya menjadi pilihan untuk PRU-13 kali ini.
Bajet 2013 – Barisan Nasional:
Diskaun PTPTN, Rebat RM200 untuk pembelian Smart Phone bagi golongan muda, Pemberian BR1M bernilai RM500 untuk kali ke-2 (keluarga), Pemberian BR1M bernilai RM250 (bujang), Bantuan Pendidikan untuk sekolah-sekolah, PR1MA untuk perumahan bagi golongan berpendapatan rendah dan lain-lain lagi.
Bajet 2013 – Pakatan Rakyat:
Pendidikan Percuma, Tol dihapuskan, Harga Kenderaan diturunkan, Harga Petrol diturunkan, Cukai GST dimansuhkan, Bantuan kepada Warga Emas dan lain-lain lagi.
Pendidikan Percuma, Tol dihapuskan, Harga Kenderaan diturunkan, Harga Petrol diturunkan, Cukai GST dimansuhkan, Bantuan kepada Warga Emas dan lain-lain lagi.
Bajet 2013 Versi Mana Pilihan Anda?
Banyak sebenarnya unsur-unsur dalam Bajet 2013 bagi kedua-dua belah pihak, cuma tidak dapat dirungkaikan dalam tulisan ini dan bukan itulah matlamat saya. Saya melihat Bajet 2013 mana-mana versi, ada yang memberikan manfaat dan ada juga yang sebaliknya. Pada dasarnya, kedua-dua versi Bajet 2013 menjanjikan habuan materialistik kepada rakyat dan berlumba-lumba menjanjikan siapa yang lebih popular. Jadi, Bajet 2013 versi mana pilihan anda?
Isu-Isu Dalam Belanjawan
Mengenai Bajet 2013 ini, saya banyak juga mendapatkan pandangan dan komentar ahli ekonomi dan input dari kenalan-kenalan yang berbeza latar belakang sama ada ahli perniagaan, pekerja sektor awam, pekerja sektor swasta, pelajar dan lain-lain. Pada pendapat saya, banyak perkara yang harus diteliti terlebih dahulu dalam setiap belanjawan:
1) Kemampuan Ekonomi Negara
2) Penggunaan Dana sendiri dan tidak melibatkan Hutang Luar
3) Pengurusan Ekonomi - Bersih, Cekap, Amanah
4) Perkara-Perkara yang perlu diselesaikan segera:
a) Isu Pengangguran
b) Isu Kemiskinan Tegar di seluruh negara
c) Isu Keselamatan dan Jenayah yang kian meruncing
5) Perkara-Perkara yang menekan golongan berpendapatan rendah dan sederhana:
a) Gaji Minima
b) Kos Kehidupan Tinggi - Harga Petrol, Diesel, Tol, Rumah dan Kenderaan
c) Isu Pendidikan - Bantuan Pinjaman dan Biasiswa
6) Perkara-Perkara lain:
a) Pelaburan syarikat luar di dalam negara - sektor swasta
b) Isu Peniaga Kecil
c) Isu Pertanian dan Perladangan
d) Isu Pengangkutan Awam
e) Bantuan Dana Pendidikan – Sekolah (Pelbagai Aliran) dan IPT
f) Peningkatan warga asing di dalam negara yang membimbangkan
Kembali Kepada Tarbiyyah Islam
Berbeza kehidupan kita di Malaysia dengan kehidupan rakyat Palestin yang menyokong perjuangan Hamas. Hamas tidak dapat menjanjikan habuan materialistik kepada rakyat yang menyokong perjuangan mereka dan rakyat Palestin sedar bahawa sokongan mereka terhadap Hamas sebenarnya mendedahkan mereka terhadap ancaman yang lebih terhadap Zionis. Mengapa majoriti rakyat Palestin bertindak sebegitu? Andainya kita berada di tempat rakyat Palestin, secara jujurnya, siapakah pilihan kita?
Kita pasti tahu cerita tentang Zaman Pemboikotan Ekonomi yang dilakukan oleh puak Musyrikin Mekah terhadap Rasulullah dan Para Sahabat di mana tujuannya untuk menggugat dakwah Rasulullah. Lihatlah reaksi Rasulullah dan Para Sahabat yang tetap utuh mempertahankan Islam dan akidah.

Itulah hasil daripada Tarbiyyah kepada Rabb. Sememangnya, habuan materialistik tidak bisa menggugat keimanan kita. Jika Parti A (Menjanjikan Tarbiyyah Islam tetapi TIDAK Menjanjikan Habuan Materialistik) vs Parti B (TIDAK Menjanjikan Tarbiyyah Islam tetapi Menjanjikan Habuan Materialistik), mana satu pilihan anda? Fikir-fikirkanlah.. Jika sekarang, kita masih sempat mempertimbangkan habuan dari pelbagai pihak, mungkin pada masa akan datang, kita hanya perlu satu perkara saja – Tarbiyyah Islam.
No comments:
Post a Comment