Firman Allah: "Dan Kami wahyukan kepada Musa, 'Lemparkanlah tongkatmu!' Maka tiba-tiba ia menelan (habis) segala kepalsuan mereka. Maka terbuktilah kebenaran dan segala yang mereka kerjakan sia-sia. Maka mereka dikalahkan di tempat itu dan jadilah mereka orang-orang yang hina. Dan para pesihir itu serta merta menjatuhkan diri dengan bersujud. Mereka berkata, 'Kami beriman kepada Tuhan seluruh alam, iaitu Tuhannya Musa dan Harun.' Firaun berkata, 'Mengapa kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepadamu? Sesungguhnya ini benar-benar tipu muslihat yang telah kamu rencanakan di kota ini, untuk mengusir penduduknya. Kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu ini). Pasti akan aku potong tangan dan kakimu dengan bersilang(tangan kanan dan kaki kiri atau sebaliknya), kemudian aku akan menyalib kamu semua.' Mereka (para pesihir) menjawab, 'Sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami. Dan engkau tidak melakukan balas dendam kepada kami, melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami ketika ayat-ayat itu datang kepada kami.' (Mereka berdoa), 'Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan muslim (berserah diri kepada-Mu).'" (Al-A'raf, 7: 117 - 126)
Allah Taala mengurniakan kehebatan dan kemuliaan kepada Rasul-Rasul dalam mereka menyampaikan dakwah. Kata-kata mereka, perbuatan mereka dan mukjizat yang Allah kurniakan kepada mereka semestinya memberi impak kepada ummat dan mad'u mereka. Impak inilah yang boleh dipanggil Wow Factor!
Dalam firman Allah di atas, tiada apa lagi yang mampu diucapkan oleh para pesihir Firaun setelah melihat hebatnya mukjizat Allah Taala. Hatta, Firaun menggertak untuk menyalib mereka namun tidak dapat mengatasi kekaguman terhadap mukjizat tersebut. Wow!! Kagum sungguh pada mukjizat Nabi Musa.
Begitu juga terkesimanya apabila musuh-musuh Rasulullah mendengar ayat-ayat Al-Quran dan ianya menjadi impak terbesar dakwah Rasulullah s.a.w. Wow!! Ayat apakah ini? Sangat luar biasa!
Justeru itu, dakwah ini sebenarnya memerlukan impak sehebat begini dalam menyantuni masyarakat. Bahkan, sekiranya kita membaca atau mengikuti sejarah tokoh-tokoh dakwah seperti Hasan al-Banna, Yusuf Qardhawi, Syed Qutb, Ahmad Deedat dan lain-lain, semestinya mereka mempunyai aura dan kekuatan tertentu. Kagumnya masyarakat kepada mereka pastinya disebabkan oleh Wow Factor dari Allah iaitu berpegang dan berdampingnya dengan Al-Quran.
Wahai Dai'e, berdampinglah dengan Al-Quran dan semoga ianya menjadi aura, kekuatan atau Wow Factor untuk mengetuk hati-hati ummat dan mengajak mereka ke jalan yang benar.
Wallahua'lam...

No comments:
Post a Comment