Assalamualaikum.
IKRAMTeens Negeri Sembilan merupakan sebuah institusi yang menguruskan Hal Ehwal Remaja di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (Cawangan Negeri Sembilan). IKRAMTeens Negeri Sembilan sentiasa mengikuti perkembangan muktahir isu-isu yang melibatkan Belia dan Remaja di Malaysia.
Isu terkini melibatkan penyalahgunaan dadah di kalangan belia dan remaja di Future Music Festival Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perkhabaran terkini, insiden ini mengakibatkan enam individu termasuk seorang pelajar sebuah universiti maut dan empat belas individu lain kritikal.
IKRAMTeens Negeri Sembilan memandang serius dan mengecam penganjuran Festival Muzik ini yang memberi impak negatif kepada masyarakat terutama golongan belia dan remaja. Penganjuran seperti ini membuka ruang kepada unsur-unsur negatif seperti penyalahgunaan dadah, pengambilan arak, pergaulan bebas dan seks bebas yang merupakan isu lama yang masih belum selesai. Muktahir ini, unsur-unsur seperti penyalahgunaan dadah dilihat menjadi satu 'trend' untuk berhibur.
Justeru itu, IKRAMTeens Negeri Sembilan menggesa pihak penguasa agar lebih sensitif dengan penganjuran konsert-konsert dan aktiviti hiburan melampau yang lebih banyak membawa impak negatif. Peranan pihak penguasa ini harus ditampung oleh peranan masyarakat dalam memastikan golongan belia dan remaja di negara ini diberi perhatian dan dijaga sebaik-baiknya kerana golongan ini merupakan aset negara pada masa hadapan.
IKRAMTeens Negeri Sembilan amat yakin bahawa segala unsur negatif yang melanda golongan belia dan remaja dapat diperbaiki dengan hasil didikan dan tarbiyah yang berterusan, dan bukannya dengan melaksanakan proses rawatan yang sehingga kini masih belum terbukti berkesan. Kerjasama semua pihak dituntut dan IKRAMTeens akan bersama-sama dengan masyarakat untuk melaksanakan kerja-kerja pengislahan ini.
Memetik kata-kata ulama tersohor:
"Sebuah masyarakat itu bergantung kepada pemudanya. Jika baik pemudanya, maka baiklah masyarakatnya. Dan, jika rosak pemudanya, maka rosaklah masyarakatnya."
"Sebuah masyarakat itu bergantung kepada pemudanya. Jika baik pemudanya, maka baiklah masyarakatnya. Dan, jika rosak pemudanya, maka rosaklah masyarakatnya."
Abu Hanifah bin Mohd Kamal
Pengarah,
IKRAMTeens Negeri Sembilan,
Pertubuhan IKRAM Malaysia (Cawangan Negeri Sembilan)
Pengarah,
IKRAMTeens Negeri Sembilan,
Pertubuhan IKRAM Malaysia (Cawangan Negeri Sembilan)
No comments:
Post a Comment