Bila dikenang balik kisah silam semasa kecil, semestinya itulah yang mencorak diri kita sekarang. Benar kata pepatah melayu, "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya."
Apa yang dilalui semasa waktu kecil adalah pengalaman yang mendewasakan seseorang. Apa yang ibu bapa dan guru lakukan pada kita adalah untuk kebaikan diri kita sebenarnya. Pengalaman dirotan dan dipukul akibat nakal, malas mengaji dan malas nak solat masih terngiang-ngiang dalam fikiran. Dirotan, dicubit dan diarah berdiri atas kerusi oleh guru kerana nakal dan tidak siapkan kerja sekolah adalah perkara normal. Marah dan dendam semestinya ada pada masa itu, tapi apabila dewasa, hanya senyum saja yang terukir ;)
Jika didikan dan tarbiyah tidak bermula sejak kecil, maka bilakah sepatutnya ianya dilakukan? Merotan itu bukanlah hendak melepaskan geram tetapi adalah untuk mendidik. Perlu faham tu... Bahkan Rasulullah sendiri mengajarkan cara tarbiyah dan didikan anak-anak yang perlu diaplikasikan. Cara, umur yang sesuai dan bagaimana dilaksanakan, semuanya ada diterangkan.
Sabda Nabi s.a.w.: "Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berusia tujuh tahun dan pukul kerana meninggalkan solat ketika berusia sepuluh tahun." (Riwayat Abu Daud)
Senang cerita, itulah salah satu cara supaya kita benar-benar menjadi seorang 'manusia', bukannya seorang 'hantu'. Dan apabila si anak meningkat dewasa dan menjadi ibu dan bapa, itu jugalah yang mereka lakukan kepada anak-anak mereka. Biarlah ibu atau bapa itu dibenci atau didendam oleh anaknya sendiri sewaktu kecil disebabkan garang atau tegasnya mereka, kerana anaknya pasti akan menyayangi dan menghargainya apabila mereka dewasa kelak.
Kita sibuk sangat mengkaji undang-undang dan falsafah Barat sedangkan dalam Islam jelas terpampang hal ini. Apa yang Allah dan Rasul sampaikan tidak lain dan tidak bukan, untuk kebaikan dan rahmat ke seluruh alam.
Wallahua'lam...

No comments:
Post a Comment