Semalam, saya dan isteri sempat menziarahi seorang ikhwah @ sahabat yang mengalami kemalangan pada awal Ramadhan. Alhamdulillah, keadaan semakin baik dari ziarah kami yang pertama sebelum ini. Cuma, mukanya dimasukkan besi disebabkan rahang banyak yang patah. Takpelah, sekurang-kurangnya ada peningkatan kesihatan dalam diri beliau memandangkan isterinya masih dalam pantang lagi. Ikhwah ini adalah rakan seperjuangan di USM dulu. Kami bersama dalam kursus yang sama dan sama-sama 'terjebak' dalam tarbiyyah pada tahun 2003 dahulu. Alhamdulillah, sudah 7 tahun berlalu dan kami tetap bersama-sama memegang tali tarbiyyah ini.
Semasa menziarahi beliau, sempat berjumpa 4 orang ikhwah @ sahabat lama yang hampir 4 tahun tidak berjumpa. Teringat jeritan seorang ikhwah apabila saya melangkah keluar dari kereta; "Assalamualaikum Akhi. Lama betul tak jumpa antum!" sambil kami berdua merangkul erat antara satu sama lain. Itulah ukhwah yang tiada nilainya, ukhwah yang diperolehi hasil dari nikmat tarbiyyah. Ukhwah yang merapatkan dan menyatukan sesiapa sahaja tidak kira status, latar belakang keluarga, umur, asal dan pekerjaan.
Selepas selesai ziarah, hati ini terasa seronok dan hiba apabila bertemu dengan ikhwah-ikhwah lama. Teringat zaman muda-muda dulu (zaman di USM dan sebelum bernikah) di mana, begitu banyak ukhwah bersemi atas jalan tarbiyyah ini.
Ukhwah itu indah... Yang menjadikan ia indah adalah sarana tarbiyyah... Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya untuk terus berada dalam jalan tarbiyyah ini. Semoga, saya, isteri dan bakal mujahid dan mujahidah kami serta ikhwah dan akhwat lain terus berukhwah dan cekal di dalam jalan tarbiyyah ini.
No comments:
Post a Comment