Bulan Ramadhan, jika dimanfaatkan sepenuhnya mampu mengasuh diri dan peribadi kita semua, mengangkatnya ke satu tahap yang lebih tinggi dan sempurna, menjadikan kita semua golongan yang hampir kepada Allah s.w.t dan manusia yang mengasihi Allah dan dikasihinya, disayangi manusia dan menyayanginya.
Semoga bulan Ramadhan pada tahun ini akan mengangkat kita semua ke darjat golongan-golongan ummah yang bertakwa, memiliki bekalan perjalanan kehidupan yang terbaik dalam pengembaraan masing-masing merentasi kehidupan sementara di dunia yang fana ini. Dengan itu kita akan mencapai matlamat daripada ibadah berpuasa, memperolehi bekalan taqwa yang merupakan sebaik-baik bekalan disisi Allah s.w.t.
Rasulullah telah berucap di hari-hari terakhir bulan Syaaban kepada sahabat-sahabat baginda:
" أيها الناس : قد أظلكم شهر عظيم مبارك , شهر فيه ليلة خير من ألف شهر, شهر جعل الله صيامه فريضة وقيام ليله تطوعا , من تقرب فيه بخصلة كان كمن أدى فريضة فيما سواه , ومن أدى فريضة فيه كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه , وهو شهر الصبر , والصبر ثوابه الجنة , وشهر المواساة وشهر يزاد فى رزق المؤمن فيه , من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه وعتق رقبته من النار , وكان له مثل أجره من غير أن ينقص من أجره شيء . قالوا : يا رسول الله , ليس كلنا يجد ما يفطر الصائم , فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يعطى الله هذا الثواب من فطر صائما على تمرة أو شربة ماء أو مذقة لبن . وهو شهر أوله رحمة , وأوسطه مغفرة, وآخره عتق من النار, من خفف فيه عن مملوكه غفر الله له وأعتقه من النار, فاستكثروا فيه من أربع خصال: خصلتين ترضون بهما ربكم, وخصلتين لا غناء بكم عنهما, فأما الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم : فشهادة أن لا اله الا الله , وتستغفرونه, وأما الخصلتان اللتان لا غناء بكم عنهما : فتسألون الله الجنة وتعوذون به من النار, ومن سقا صائما سقاه الله من حوضى شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة "
Maksudnya: “Wahai manusia! Kamu akan dinaungi satu bulan yang agung, yang penuh keberkatan. Bulan yang terdapat di dalamnya satu hari yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang Allah telah jadikan berpuasa di dalamnya satu fardhu dan menghidupkan malamnya sebagai amalan sunnah. Sesiapa yang menghampirkan dirinya kepada Allah menerusi amalan sunnah, dia seperti melaksanakan satu amalan fardhu selain amalan sunnah tersebut, dan sesiapa yang menunaikan satu amalan fardhu di dalamnya (bulan Ramadhan), dia seperti menunaikan 70 amalan fardhu selain amalan fardhu tersebut. Ia adalah bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya ialah syurga. Ia juga adalah bulan memberi pertolongan dan bantuan. Ia bulan di mana rezeki orang-orang yang beriman bertambah. Sesiapa yang menyediakan makanan kepada seseorang yang berbuka puasa , tindakan itu akan mengampuni dosa-dosanya dan membebaskan dirinya daripada api neraka, bagi dirinya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa sebarang pengurangan.”
Sahabat-sahabat baginda langsung berkata: “Bukan semua kami memiliki sesuatu untuk dijadikan bahan berbuka seorang yang berpuasa.” Lalu Rasulullah s.a.w menjawab: “Allah akan mengurniakan ganjaran pahala saperti itu kepada seseorang yang menghidangkan untuk seseorang yang berpuasa berbuka walaupun sekadar seulas buah tamar, seteguk air atau seteguk air susu.”
Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah pengampunan dan hujungnya adalah pembebasan daripada api neraka. Sesiapa yang meringankan bebanan daripada hambanya, Allah lagi akan mengampuni dirinya serta membebaskannya daripada api neraka.
Perbanyakkanlah sepanjang (bulan Ramadhan) dengan empat kegiatan; dua kegiatan yang akan menjadikan kamu diredai Allah s.w.t dan dua kegiatan lain pula kamu sendiri amat perlu kepadanya. Adapun dua kegiatan yang akan menjadikan kamu diredai Allah, maka ia adalah ucapan syahadah: “Bahawa tiada tuhan melainkan Allah” dan kamu memohon keampunan daripadanya. Adapun dua kegiatan yang kamu sendiri amat perlu kepadanya, maka ia adalah: “Kamu memohon (balasan) syurga serta kamu meminta perlindungannya daripada api neraka. Sesiapa yang memberi minuman kepada seseorang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minuman daripada kolah airku yang menjadikannya sama sekali tidak akan kehausan sehinggalah dia memasuki syurga.” (Riwayat Ibnu Khuzaimah dalam kitab sahihnya)

No comments:
Post a Comment