Monday, January 31, 2011

Politik Malaysia: Dulu & Kini Tiada Bezanya

Saya bukanlah seorang ahli politik dan belum berniat hendak menyertai mana-mana parti politik buat masa sekarang. Kalau mahu bergiat akif dalam politik, apakah target dan manifesto saya? Apa yang saya ingin perjuangkan? Meskipun demikian, saya cukup berminat mengikuti perkembangan politik di dalam dan luar negara. Mungkin terpengaruh dengan sikap abah saya yang cukup suka berbicara tentang politik. Minat kepada politik bukanlah hendak menjadikan kita taksub kepada golongan tertentu tetapi memberikan kita satu impak pemikiran yang cukup matang. Nabi Muhammad ketika usia remajanya sudah mula memikirkan kondisi ummat ketika itu dan tidak mustahillah baginda cukup matang apabila diangkat menjadi rasul.

Cuma, agak menyedihkan jika diikuti perkembangan politik semasa. Sejak saya mula mengikuti perkembangan politik kira-kira 15 tahun dahulu hingga kini, tiada apa yang istimewa dan pembaharuan yang saya lihat dalam politik di negara kita. Sama saja dan tiada bezanya.

Contoh:
1) Dalam berkempen, isu-isu yang dibawa lebih menjurus kepada serangan peribadi dan janji-janji yang telah lapok dan berkulat.

2) Kutuk-mengutuk dan mengfitnah tidak lari dari trend politik di negara ini.

3) Pembangunan dan bantuan hanya dihulurkan ketika berlakunya pilihan raya sedangkan cukup banyak perkara setempat dan kemiskinan tegar yang perlu diberikan perhatian sentiasa.

4) Apakah matlamat sebenar sesebuah parti politik? Adakah benar-benar mahu membantu rakyat atau sekadar untuk mengejar kekuasaan semata-mata?

Persoalan sekarang, di manakah pembaharuan dalam politik Malaysia?

Thursday, January 20, 2011

Sisa - Sisa Jahiliyyah Serumpun

Semua sedia maklum tentang kejayaan Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF selepas menumpaskan Indonesia. Kadang-kadang rasa pelik bila bercerita tentang Malaysia dan Indonesia. Saya merasakan hubungan kedua-dua buah negara ini cukup erat dan akrab, cuma ada sesuatu yang memisahkan. Bila berbicara tentang perlawanan akhir Piala Suzuki AFF beberapa minggu lepas, saya teringat akan bahang suasananya. Berlakunya perang media antara kedua-dua belah negara yang sering melakukan provokasi dan sebagainya. Saling mencemuh antara satu sama lain dengan gelaran yang tidak sepatutnya seperti Mat Indon, Pendatang dan sebagainya. Pokoknya, saling berbalas cemuhan dan serangan yang bersifat peribadi atau melibatkan negara. Tidak pasti lah sama ada ini benar-benar berlaku ataupun provokasi media yang seolah-olah mahu mengeruhkan hubungan Malaysia-Indonesia. Sama juga ketika perlawanan akhir Piala Thomas 1992 dan 1994 yang menyaksikan pertembungan kedua-dua negara ini yang juga menyaksikan cemuhan dan serangan seperti ini berlaku.

Saya bukan hendak mengkritik atau menyebelahi sesiapa. Sudah pasti sebagai warganegara Malaysia, saya cukup berharap Malaysia akan menjadi juara atau pemenang dalam setiap perlawanan. Tetapi, saya juga menanamkan perasaan cinta dan sayang kepada rakan-rakan di Indonesia yang beragama Islam. Majoriti penduduk Malaysia dan Indonesia adalah beragama Islam, jadi di manakah sikap nasionalisme kita sebagai seorang muslim? Adakah wajar, semata-mata hanya sebuah perlawanan akhir, kita menghambur perkataan-perkataan yang tidak enak didengari.

Firman Allah: "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat." (Al-Hujurat, 49: 10)

Suatu kisah, apabila Abu Dzar seakan-akan menghina Bilal bin Rabah yang merupakan seorang Arab Badwi yang berkulit hitam, maka ditegur oleh Rasulullah, "Adakah masih terdapat dalam diri kamu sisa-sisa jahiliyyah?"

Kalau diperhatikan sebenar-benarnya, provokasi yang berlaku di antara kedua-dua negara sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk memastikan hubungan Malaysia dan Indonesia sentiasa keruh. Benarkah? Keadaan ini tidak akan berlaku di antara Malaysia-Thailand, Malaysia-Vietnam ataupun Malaysia-China. Ianya hanya akan berlaku di antara negara yang mempunyai majoriti umat Islam. Cuba bayangkan jika kesatuan Malaysia-Indonesia berlaku, maka kesatuan umat Islam akan bertambah kuat dan inilah yang cukup ditakuti oleh pihak tersebut. Isu Palestin, sebagai contoh, meskipun berada di dalam lingkungan negara-negara Arab, tetapi kesatuan umat Islam diremukkan maka terkonteng-kontenglah Palestin keseorangan. Dilemparkan pelbagai tuduhan sebagai Pelampau, Pengganas dan sebagainya. Bagi orang yang memahami tentang ukhwah atau Nasionalisme dalam konteks Islam, pasti akan bersimpati dan bangkit mempertahankan saudara Islam kita di sana.

Adakah semangat cintakan negara atau kebangsaan kita lebih diutamakan berbanding cinta kita kepada ikhwah atau sahabat kita yang beragama Islam? Cinta seseorang Muslim tidak terbatas pada sempadan negara dan tidak terhalang oleh lautan dan selat yang luas. Sebaliknya, cinta kita kepada seorang Muslim adalah berdasarkan kalimah tauhid "Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan Muhammad Itu Pesuruh Allah."

Jadi, ayuhlah, masih ada ruang untuk kita perbaiki dan lakukan demi menyemarakkan ukhwah dan perpaduan dalam Islam dengan menanam rasa sebenar-benar cinta kita kepada seluruh umat Islam di atas muka bumi ini.

Thursday, January 13, 2011

Ting Tang 6%

Diam-diam, tengok-tengok, cukai perkhidmatan naik 1% kepada 6%. Apa sudah jadi? Seperti dalam status facebook seorang rakan, "Semakin susah la nak makan KFC lepas ni, makin mahal." Tergelak juga bacanya tapi itulah hakikatnya. Sesuap makanan terlalu mahal harganya, tidak seperti dulu. Kalau nak makan sedap sikit, maka lebihla duitnya. Ditambah pula kenaikan cukai perkhidmatan yang secara tiba-tiba, makin peningla rakyat kebanyakan.

Jika cukai perkhidmatan meningkat, sepatutnya, perkhidmatan atau prestasi "yang berkhidmat" juga harus meningkat. Betulkah sudah meningkat? Ataupun, dah tak nak tahu atau tak nampak lagi, apa benda yang perlu dinaikkan harga? Maka cukai perkhidmatan pun dinaikkan. Pokoknya, sekarang ni, semuanya naik, tiada yang turun.

Meskipun ramai cerdik pandai, hingga lahirnya ramai graduan Universiti yang ada Sarjana Muda, Sarjana, PhD, Prof. Madya, Profesor dan Profesor Ulung, namun tak mampu menterjemahkan ke atas kemasalahatan rakyat. Think Tank orang atasan pun patut ditukar gelaran kepada Ting Tang (jenama air). Jika Sadiq Sigaraga mempunyai penasihat 25% yang menjahanamkan dirinya, sekarang pula tidak kurang teruknya, mempunyai Ting Tang 6%.

Saturday, January 8, 2011

Di Antara Ketaatan & Ketaksuban Pemimpin

Dalam memahami perbezaan di antara ketaatan dan ketaksuban kepada pemimpin, beberapa contoh yang boleh dipelajari apabila kita menyingkap tabir sirah terdahulu:

1) Ketika berlakunya Perjanjian Hudaibiyah, Umar al-Khattab secara terang-terangan membantah apa yang Rasulullah lakukan yang kelihatan memihak kepada kaum Musyrikin.
Apa tindakan Rasulullah?
Meskipun, ternyata Rasulullah sedih dengan tindakan para sahabat, ini tidak langsung mendorong baginda untuk mengambil tindakan terhadap Umar.
Ibrah: Rasulullah yang bersifat maksum masih lagi menerima kritikan dan inilah contoh keterbukaan Rasulullah. Tiada langsung "tindakan tatatertib" ataupun "hukuman bunuh" terhadap Umar dan Umar juga tidak pernah dilabel sebagai "penderhaka" kepada Nabi. Bahkan, perkara ini bukan suatu isu dan tidak diungkit kesilapannya ketika hendak dilantik menjadi Khalifah.

2) Ketika Perang Uhud, Rasulullah menerima pendapat para Sahabat dan mengenepikan pendapat baginda sendiri. Namun, tentera Muslim kalah dalam perang tersebut.
Apa tindakan Rasulullah?
Meskipun mengalami kekalahan, baginda tidak menuding jari kepada para Sahabat. Baginda tidak berkata: "Kita kalah sebab ikut idea antum. Kalau ikut idea ana, pasti ini tidak akan berlaku!"
Ibrah: Baginda selalu bersyura dengan para Sahabat dan percaya akan hikmah syura. Salah dalam syura adalah lebih baik dari benar dalam bersendirian. Pasti ada hikmahnya berlaku kekalahan di Perang Uhud dan baginda sebagai ketua meletakkan teamwork sebagai asas dalam perjuangan. 

3) Ketika Umar al-Khattab menjadi Khalifah, seorang wanita rakyat biasa menegur dan mengkritik beliau apabila beliau mencadangkan penetapan mahar perkahwinan.
Apa tindakan Umar al-Khattab?
Umar al-Khattab menerima teguran tersebut meskipun datangnya dari orang kebanyakan.
Ibrah: Tawadhuk sungguh Umar meskipun sudah dilantik menjadi Khalifah. Beliau tidak bertindak seperti diktator dan masih lagi menerima pendapat orang kebanyakan. Beliau tidak mengenakan tindakan terhadap pengkritik tersebut seperti penjara, ISA (Ikut Suka Aku) dan hukuman bunuh.

4) Ketika Nabi Musa mendakwahi Firaun namun dia menolak mentah-mentah dakwah tersebut. Walau apa jua halangan, Nabi Musa tetap istiqamah dalam mendakwahi Firaun.
Apa tindakan Firaun?
Firaun terus melabel Nabi Musa sebagai "penderhaka" dan terus menyerang dan hendak membunuh Nabi Musa dan pengikutnya.
Ibrah: Inilah tindakan si Taghut. Sama juga tindakan si diktator. Yang dilihatnya hanyalah ketaksuban pada kekuasaan dan tiada istilah tawadhuk dan bersyura dengan orang bawahan. Nyawa manusia tidak dilihat bernilai dan berharga sebaliknya bagaimana kekuasaan dapat dikekalkan.

Kesimpulannya, dalam kita bertindak, panduan kita adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Contoh yang diberikan hanyalah sedikit dari jumlah yang sebenar. Maknanya, banyak lagi panduan yang boleh kita teliti dan tadabbur. Usahlah mengikut tindakan si Taghut sedangkan contoh yang dibawa oleh para Rasul dan Sahabat lagi banyak dan hebat untuk diikuti. Wallahua'lam.

Sunday, January 2, 2011

5S Concept: Application of Da'wah




5S is the name of a workplace organization methodology that uses a list of five Japanese words which are seiri, seiton, seiso, seiketsu and shitsuke. Transliterated or translated into English, they all start with the letter "S". The list describes how items are stored and how the new order is maintained. The decision-making process usually comes from a dialogue about standardization which builds a clear understanding among employees of how work should be done. It also instills ownership of the process in each employee.

There are 5 primary phases of 5S: sorting, straightening, systematic cleaning, standardizing and sustaining. Additionally, there are two other phases sometimes included, safety and security.

Although 5S is the workplace organization methodology, what is the application toward da'wah? Da'wah also is an organization which need this system.

1) Seiri: Sorting
Eliminate all unnecessary tools, parts, and instructions. Go through all tools, materials, and so forth in the plant and work area. Keep only essential items and eliminate what is not required, prioritizing things as per requirements and keeping them in approachable places. Everything else is stored or discarded.
Application of da'wah: In da'wah also, we need to keep priority to some item and eliminate what is not required. For dai'e, must to keep consistent in attending usrah or halaqah and amar ma'ruf nahi munkar. The main tasks are to fully attend to the da'wah program or organize program and ignore the unimportant program.

2) Seiton: Straightening / Setting
There should be a place for everything and everything should be in its place. The place for each item should be clearly labeled or demarcated. Items should be arranged in a manner that promotes efficient work flow. Workers should not have to bend repetitively to access materials. Each tool, part, supply, or piece of equipment should be kept close to where it will be used – in other words, straightening the flow path. Seiton is one of the features that distinguishes 5S from "standardized cleanup". This phase can also be referred to as Simplifying.
Application of da'wah: What is the mission of dai'e? The important of documentation and reporting are to make sure the da'wah is more organized and easy to know the da'wah progress for each dai'e. So, the flow of da'wah is more efficient and faster. 

3) Seiso: Shining
Keep the workplace tidy and organized. At the end of each shift, clean the work area and be sure everything is restored to its place. This makes it easy to know what goes where and ensures that everything is where it belongs. A key point is that maintaining cleanliness should be part of the daily work – not an occasional activity initiated when things get too messy.
Application of da'wah: Islam order to each Muslim for being clean and tidy on him/herself and place. Beside that, must also aware of the health to make sure always energized and powerfull to do da'wah and to worship Allah. The health and tidy Muslim show the good appearance of Islam to non-Muslim and this is a method of da'wah.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:  النظفة من الايمان

4) Seiketsu: Standardize
Work practices should be consistent and standardized. Everyone should know exactly what his or her responsibilities are for adhering to the first 3S's.
Application of da'wah: A Muslim or dai'e must maintain in practical Rukun Islam and Rukun Iman. The standard show that our religion have the best guidance which are Al-Quran and As-Sunnah and we need to consistent in our amal.

5) Shitsuke: Sustain
Maintain and review standards. Once the previous 4 S's have been established, they become the new way to operate. Maintain focus on this new way and do not allow a gradual decline back to the old ways. While thinking about the new way, also be thinking about yet better ways. When an issue arises such as a suggested improvement, a new way of working, a new tool or a new output requirement, review the first 4 S's and make changes as appropriate.
Application of da'wah: After review the previous 4S, lastly, the Muslim and dai'e must sustain and maintain the method to make sure our step and our mission still keep on track. Let follow the Nabi Muhammad and the Sahabat step which maintain the da'wah work, so, the da'wah still keep on track until now. Thankful to them for their hardwork and brilliant job. So, now, this is our turn to do the da'wah job. Let's do it!

Safety & Security
A sixth phase, "Safety", is sometimes added. While it is reasonable to assume that a properly planned and executed 5S program will improve workplace safety, some argue that explicitly including this sixth "S" ensures that workplace safety is given at least a secondary consideration.
A seventh phase, "Security", can also be added. In order to leverage security as an investment rather than an expense, the seventh "S" identifies and addresses risks to key business categories including fixed assets, material, human capital, brand equity, intellectual property, information technology, assets-in-transit and the extended supply chain.
Application of da'wah: It is same with another situation such as during work, rest, playing and driving, the safety and security is very important. It is more important when doing da'wah. Must always careful what we want to do, to say and to argue. Being a dai'e, not all people or mad'u love and like us. There are also have Abu Lahab, Abu Jahal and Abdullah bin Ubai nowadays.

Conclusion, it is important to have continuous education about maintaining standards. The 5S methodology give us guideline to work in standard and very good to implement it. Same with da'wah, this is also opportunity for dai'e to implement it into da'wah and prove it that Islam also can have the professional standard. Wallahua'lam...