Thursday, January 13, 2011

Ting Tang 6%

Diam-diam, tengok-tengok, cukai perkhidmatan naik 1% kepada 6%. Apa sudah jadi? Seperti dalam status facebook seorang rakan, "Semakin susah la nak makan KFC lepas ni, makin mahal." Tergelak juga bacanya tapi itulah hakikatnya. Sesuap makanan terlalu mahal harganya, tidak seperti dulu. Kalau nak makan sedap sikit, maka lebihla duitnya. Ditambah pula kenaikan cukai perkhidmatan yang secara tiba-tiba, makin peningla rakyat kebanyakan.

Jika cukai perkhidmatan meningkat, sepatutnya, perkhidmatan atau prestasi "yang berkhidmat" juga harus meningkat. Betulkah sudah meningkat? Ataupun, dah tak nak tahu atau tak nampak lagi, apa benda yang perlu dinaikkan harga? Maka cukai perkhidmatan pun dinaikkan. Pokoknya, sekarang ni, semuanya naik, tiada yang turun.

Meskipun ramai cerdik pandai, hingga lahirnya ramai graduan Universiti yang ada Sarjana Muda, Sarjana, PhD, Prof. Madya, Profesor dan Profesor Ulung, namun tak mampu menterjemahkan ke atas kemasalahatan rakyat. Think Tank orang atasan pun patut ditukar gelaran kepada Ting Tang (jenama air). Jika Sadiq Sigaraga mempunyai penasihat 25% yang menjahanamkan dirinya, sekarang pula tidak kurang teruknya, mempunyai Ting Tang 6%.

1 comment:

  1. saya pun baru perasan masa nak makan malam hari tu... pekerja KFC tampal pengumuman sebesar kertas A5 dengan tulisan yang cukup halus sehingga berkerut dahi saya nak membacanya... tapi lepas dah ucap "Alhamdulillah.." lah.. isk..

    ReplyDelete