Pada tahun 2005, semasa saya menjadi Exco Biro Kerohanian untuk Minggu Aluan Desasiswa untuk menyambut kehadiran pelajar-pelajar baru, saya telah berpakat dengan beberapa orang sahabat untuk mebuat tayangan Palestin dalam slot muhasabah diri. Sayang seribu kali sayang, ketika tayangan di separuh jalan, diarahkan berhenti oleh orang atasan atas alasan 'Tidak Global.'
Kadang-kadang, keberadaan kita di menara gading, tidak menjamin pemahaman semua ahlinya setaraf pemikiran orang yang cerdik pandai sama ada pengajarnya ataupun pelajarnya. Harap-harap setelah universiti semakin meningkat statusnya , tiada lagi orang seperti itu.
Lebih kurang 7 atau 8 tahun lepas, ketika Palestin teruk diserang Israel, dua pemimpin poitik utama tanah air iaitu Dato' Seri Dr Mahathir Mohammad dan Allahyarham Dato' Fadzil Noor boleh naik ke atas pentas bersama untuk berpidato mengenai isu Palestin dan pidato tersebut ditayangkan dikaca televisyen seluruh negara. Nah, andai kata isu Palestin bukanlah isu global, bagaimana mungkin dua pemimpin ini boleh berpidato tentang isu ini. Mungkin ketika program saya diberhentikan adalah kerana bimbang membangkitkan kemarahan orang bukan Islam, bagaimana pula pidato dua tokoh ini boleh ditayangkan di kaca televisyen?
Sebenarnya, golongan yang suka menghalang ini mempunyai jiwa yang tidak merdeka, masih takut dengan aura penjajah yang telah lama meninggalkan negara ini. Jiwa merekalah sebenarnya yang tidak global!
Sekarang, isu Palestin terus menghantui orang Islam dan di manakah peranan kita? Kondisi kita yang terlalu selesa menyebabkan kita hanya memikirkan diri kita tanpa sedikit mempedulikan kebajikan ikhwah-ikhwah kita di Palestin. Apabila ada orang yang ingin memberi peringatan, lantas terus diberikan tegahan atau ancaman dengan alasan yang cukup kelakar.
Wahai sahabat-sahabat sekalian, isu Palestin adalah isu kita dan sekaigus adalah isu global. marilah sama-sama kita mengambil perhatian dan sumbangan semampu yang mungkin untuk mejaga kebajikan mereka.
No comments:
Post a Comment