Beberapa minggu lepas, rasanya jiwa ini terlalu kusut berikutan macam-macam masalah yang timbul. Tragedi September yang tidak dirancang dan tidak dijangka, turut menambah kekusutan sedia ada yang turut menuntut pelbagai solusi dan pertimbangan untuk plan dakwah pada masa hadapan.
Firman Allah: "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah, 2: 216)
"Apa yang berlaku adalah normal dalam melakukan kerja dakwah." pesan seorang ikhwah kepada saya.
"Barangkali, semua itu ada hikmahnya." bisik hati kecil saya.
"Barangkali, semua itu untuk mematangkan diri dalam dakwah." bisik hati kecil saya lagi.
Kini, emosi sudah kembali pulih dan Insya Allah lebih baik daripada sebelum-sebelum ini. Sudah boleh tersenyum indah dan jiwa ini rasa bebas, sebebas-bebasnya. Itulah pentingnya ukhwah. Ukhwah yang memantapkan diri dan menjamin keistiqamahan dalam dakwah. Sebagai seorang dai'e, kita perlu sentiasa optimis dengan peluang yang terhidang di depan mata dan kemampuan ikhwah/akhwat di sekeliling kita.
Firman Allah: "Allah telah menjanjikan kepada orang-oang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah Dia redhai. Dan Dia benar-benar mengubah (keadaan) mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka (tetap) menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun. Tetapi barang siapa (tetap) kafir setelah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." (An-Nur, 24: 55)
Bola kini di kaki. Perlu disepak, disambut, digelecek dan dijaringkan ke arah sasaran. Dalam dakwah, sasaran kita adalah masyarakat sekeliling kita. Usah peduli hal-hal remeh yang tiada kesudahan yang merencatkan dakwah kita. Membiarkan masalah tanpa perubahan tidak akan menyelesaikan masalah, malah masalah akan datang bertimpa-timpa.
Yakinlah dengan janji-janji Allah. Insya Allah, Allah bersama-sama kita dan Allah tidak akan sia-siakan usaha kita.
Yakinlah dengan janji-janji Allah. Insya Allah, Allah bersama-sama kita dan Allah tidak akan sia-siakan usaha kita.
No comments:
Post a Comment