Berjalan di kawasan hutan belukar atau di kawasan dipenuhi dengan batu-batu dan benda yang tajam dan berbahaya, seharusnya seseorang mengambil langkah yang cukup berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut dan memadai sekiranya menggunakan safety shoes untuk mengelakkan kecederaan berlaku. Namun, lain ceritanya jika berjalan di laluan yang licin akibat permukaan lantai yang licin ataupun akibat percikan hujan boleh menyebabkan seseorang itu jatuh tersungkur. Penggunaan safety shoes kadang-kadang tidak mencukupi untuk mengatasi keadaan yang bahaya tersebut.
Justeru itu, "Safety-Walk" adalah langkah keselamatan yang menggunakan kaedah kawalan kejuruteraan (engineering control) untuk memastikan tiada lagi orang yang akan tersungkur bila melalui laluan tersebut. "Safety-Walk" adalah bahan anti-slip resistance yang menghalang seseorang dari jatuh. Meskipun laluan tersebut tidaklah terlalu jauh dan tidaklah terlalu bahaya, tetapi itu bukanlah soal utama, yang paling penting, keselamatan pengguna laluan tersebut terjamin.
Begitu juga dengan perjalanan kita di muka bumi ini. Sekiranya melalui jalan sepanjang 20 meter yang mengambil masa dalam 10 saat pun memerlukan "Safety-Walk", apatah lagi dengan perjalanan yang mengambil masa bertahun-tahun di muka bumi. Sudah pastinya kita memerlukan panduan dan bimbingan untuk memastikan kita tidak tersungkur dengan dugaan-dugaan dunia.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w."
Firman Allah: "Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah ....." (Ali Imran, 3: 103)
Adakah kita sudah berpegang dengan "Safety-Walk" tersebut? Itulah Al-Quran dan As-Sunnah.

No comments:
Post a Comment