Wednesday, November 10, 2010

Kapasitor


Rajah 1: Plastic Film Capacitor

Kapasitor (capacitor) ataupun kondenser (condenser) adalah komponen elektronik yang mengandungi sepasang konduktor yang dipisahkan oleh dielektrik yang bertindak sebagai penebat elektrik. Apabila berlakunya ketidakseimbangan voltan di antara konduktor, lapangan elektrik wujud di dalam dielektrik. Lapangan elektrik ini akan menyimpan tenaga dan menghasilkan tenaga mekanikal di antara konduktor. Kapasitor berfungsi hampir sama dengan bateri. Walaupun kedua-duanya beroperasi dalam cara yang berbeza, kedua-dua kapasitor dan bateri berfungsi menyimpan tenaga elektrik.

Rajah 2: Ciri - Ciri Kapasitor

Kapasitor yang ideal diterjemahkan dengan nilai kapasitan (capacitance), yang diukur dalam unit farad. Kapasitan, C, adalah nisbah antara cas elektrik, Q, pada setiap konduktor dengan perbezaan voltan, V, di antara kedua-duanya. Maka, jika tinggi cas elektrik pada setiap konduktor, semakin tinggilah nilai kapasitan bagi sebuah capacitor.

Rajah 3: Simbol Kapasitor

Jika diimbas kembali artikel "Bateri" saya sebelum ini, tidak lari sangat tempo tujuan artikel kali ini. Maka, tujuan sebuah kapasitor tidak akan terpesong andainya cas-cas elektrik tetap saja wujud dalam badannya. Begitu juga seorang Muslim, pentingnya menjaga cas-cas keimanan supaya tidak lari temponya atau tidak terkejut orang melihat peribadinya. Bertambah tinggi cas keimanan seseorang itu, maka bertambah baiklah peribadinya dan di situ lah perlunya pengawalan peribadi supaya tidak larut mengikut suasana. 

Firman Allah: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Al-Ahzab, 33: 21)

Dalam kita mengharap menjadi suri teladan seperti Rasulullah s.a.w., maka perlulah kita explore sunnahnya yang paling besar iaitu amar makruf dan nahi mungkar. Itu sebabnya, bagi penggiat usrah, pasti adanya sistem muhasabah ataupun mutaba'ah dalam menjamin cas-cas keimanan berada dalam tahap optimum. Dan bagi, mereka yang belum mengikut usrah, ketahuilah bahawa usrah dan halaqah ini adalah medium terbaik bagi diri kita untuk mengecas iman kita menjadi lebih baik.


* Terfikir hendak membuat artikel tentang kapasitor pada hari-hari terakhir di Taitsu Electronics (M) Sdn Bhd dan menterjemahkan kepada bentuk artikel Islamik.

3 comments:

  1. ~menarik..t.q 4 info

    ReplyDelete
  2. gan , beli capasitor yg biru paling kecil tu dmn ya?

    ReplyDelete
  3. yang PS105K bisa beli dimana kak....,????
    minta info nya dong.🙏

    ReplyDelete