"Sekarang ni, ana sedang cepat untuk menghabiskan silibus 02 supaya anak-anak usrah ana boleh dinaikkan ke level 03." ujar seorang akhwat dalam suatu mesyuarat.
Begitulah caranya dalam menentukan tahapan mad'unya di dalam dakwah ini. Cuma, yang harus kita muhasabah kembali, adakah 100% bergantung kepada silibus? Bagaimana jika seorang ikhwah dan akhwat yang kononnya telah habis silibus 02 tetapi belum mampu untuk bergerak dan membentuk halaqah? Itu sebabnya, banyak aspek yang perlu diterokai apabila kita membuat penilaian terhadap seseorang mad'u. Sama seperti apabila seorang Ustaz yang mengajar Al-Quran dan Tajwid kepada anak-anak muridnya. Bagaimana keadaanya jika silibus untuk tahun itu sudah habis diajar tetapi terdapat sebilangan anak muridnya yang masih tidak pandai mengajar Al-Quran? Bagi si Ustaz, tiada masalah bagi dirinya kerana silibus telah habis diajar tetapi bagaimana pula dengan ibu bapa murid tersebut? Sudah tentu ketidak puasan hati berlaku kerana si Ustaz gagal memenuhi hajat mereka supaya anak mereka pandai membaca Al-Quran.
Lain pula kisahnya jika dibandingkan pada zaman para Sahabat. Abu Dzar al-Ghifari, walaupun baru sekali liqa' dengan Rasulullah terus meluru ke tengah kaum musyrikin mengisytiharkan keislamannya. Meskipun dibelasah teruk oleh kaum musyrikin, namun dia tidak serik-serik untuk cuba menyebarkan Islam. Meskipun usia tarbiyah Abu Dzar adalah di level 00, namun usaha dakwahnya adalah lebih tinggi dari level 03. Kesimpulannya, dalam dakwah ini memerlukan penilaian yang tepat terhadap seorang dai'e atau dai'eat. Tetapi, level-level ini bukanlah perkara yang terlalu mustahak untuk kita bincangkan sebaliknya bagaimana gerak kerja serta muwasofat yang perlu dilengkapkan oleh seorang ikhwah dan akhwat itu diambil kira agar melahirkan peribadi seperti Abu Dzar.
Penilaian pada diri seseorang cukup penting, bukan hanya dalam konteks dakwah, tetapi merangkumi aspek yang lebih luas. Sebagai contoh, dalam sebuah syarikat, sekiranya pengurusan tidak tepat membuat penilaian pada diri pekerja-pekerjanya, kelak akan memberi kesan buruk pada syarikat tersebut. Sebagai contoh, pekerja yang terlibat dalam Sales & Marketing selama berbelas-belas tahun, tiba-tiba dilantik sebagai Manager dalam Engineering Department yang ternyata memerlukan kemahiran dalam bidang teknikal.. Meskipun mempunyai pengalaman bekerja yang banyak, tetapi, ternyata kekosongannya dalam bidang teknikal akan merosakkan potansi diri dia dan juga department yang dia uruskan. Sama juga kesnya, jika seorang yang mempunyai latar pendidikan yang tinggi, Ijazah Sarjana tetapi tiada pengalaman bekerja, tiba-tiba dilantik menjadi Manager dalam R&D Department, di mana anak-anak buahnya jauh lebih berpengalaman dari bosnya. Akhirnya, akan berlakulah konflik di dalam department tersebut apabila pekerja bawahan yang terpaksa mengajar orang atasan. Maka, inilah contoh penilaian yang gila atau tidak berakal yang jelas akan merosakkan institusi syarikat tersebut.
Berdasarkan contoh-contoh ini, sama-sama kita berusaha dan berdoa agar dalam dakwah ini, diri kita bijak dalam membuat Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Ini kerana, PTK dakwah yang bijak dan tepat akan menguatkan institusi dakwah itu sendiri manakala PTK yang gila dan tidak berasas sudah pasti akan menghancurkan dan meruntuhkan institusi tersebut.
No comments:
Post a Comment