26 November 2010 adalah hari terakhir saya di syarikat pertama saya bekerja iaitu Taitsu Electronics (M) Sdn Bhd. Mula bekerja sejak 18 September 2006 dan pelbagai pengalaman yang diperolehi di sini dari segi pengalaman bekerja di kilang, disiplin kerja orang Jepun, politik di tempat kerja dan lain-lain. Bertugas di dalam Jabatan R&D selama 4 tahun lebih (assabiqun awwalun R&D) dan berperanan dalam pembangunan produk-produk baru untuk pelanggan seperti Matsushita, Toshiba, Panasonic, Samsung, LG, Fujitsu, Hitachi dan yang terbaru adalah Denso. Moga-moga, pengalaman ini akan terus mematangkan diri untuk bekerja di tempat baru bermula 1 Disember ini. Selalu juga berdoa agar dikurniakan kerjaya yang sesuai untuk diri, keluarga, agama dan kerjaya, dan harapnya inilah yang terbaik dikurniakan oleh Allah.
26 November 2010 juga adalah hari pertama saya bergelar seorang abah atau ayah. Alhamdulillah, isteri saya selamatkan melahirkan seorang mujahid lelaki (baby boy) seberat 3.3kg pada 4:30pm. Berpeluang menemani isteri dalam labour room dan barulah sedar betapa sakit dan peritnya emak melahirkan saya 27 tahun yang lepas. Begitu besar pengorbanan seorang ibu. Semoga kelahiran mujahid kecil ini menjadi perancak dalam dakwah yang saya dan isteri pikul dan memberi 1001 kebahagian dan kekuatan dalam mengharungi kehidupan mendatang. Semoga diberi kekuatan, kecerdikan dan kesabaran yang lebih kuat dalam menjadi seorang suami, seorang bapa, seorang anak, seorang hamba Allah dan seorang kuli dakwah.
Amin Ya Rabbal Alamin....
No comments:
Post a Comment