Kemungkinan pengaruh akibat pertaruhan bola sepak, minda manusia termasuklah orang Melayu masih terus dibelenggu atau dijajah. Sehinggakan, manusia yang diciptakan Allah sebaik-baik kejadian masih dan terus mempercayai kepada perkara-perkara tahyul.
Firman Allah: "Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." (At-Tin, 95: 4)
Jika dulu, kepercayaan kepada bomoh dan dukun amat menular dalam masyarakat kita bahkan hingga ke hari ini, pengaruhnya masih ada. Cuma yang lucunya, sempena Piala Dunia 2010 kali ini, tiba-tiba manusia beralih arah kepada kepercayaan kepada binatang-binatang yang jelas kejadiannya tidak sehebat manusia. Kononnya, si sotong kurita 'Paul' dan burung nuri 'Mani' mampu membuat ramalan tepat siapakah pemenang sesuatu perlawanan dan pasukan manakah akan menjulang Piala Dunia kali ini. Adakah anda percaya? Tak habis-habis sindrom Piala Dunia ini mengganggu pemikiran masyarakat kita.
Andai tepat sekalipun ramalannya, mungkin itu adalah kebetulan. Usahlah kita mendewa-dewakan si 'Paul' dan si 'Mani' tu seperti makhluk yang hebat. Janganlah kita percaya dan membawa amalan-amalan khurafat dan tahyul dalam masyarakat kita. Boleh jadi, ini juga adalah amalan sihir yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk mendapatkan keuntungan.
Firman Allah: "Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka, jauhilah itu agar kamu beruntung." (Al-Ma'idah, 5: 90)
Bagi saya, mereka manjadikan kepercayaan tahyul ini supaya menang dalam pertaruhan bola sepak. Itu sebabnya, manusia menjadi tidak sabar untuk mengetahui siapakah pemenang sesuatu perlawanan hatta perlawanan belum lagi berlangsung. Janganlah kerana ketidaksabaran tersebut menjadikan manusia mensyirikkan Allah dan mempertuhankan amalan-amalan tahyul.

No comments:
Post a Comment