Firman Allah: "Dan katakanlah, 'Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.'" (At-Taubah, 9: 105)
Apabila kehilangan mad'u yang mungkin merupakan musibah bagi seorang dai'e, kita harus faham bahawa itu adalah normal dalam sebuah perjuangan. Munculnya seorang mad'u baru ataupun gugurnya seorang mad'u adalah di luar kemampuan seorang dai'e, tetapi itu adalah hidayah atau pemberian dari Allah.
Firman Allah: "Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah, Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barang siapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak....." (Al-An'am, 6: 125)
Sebaik-baiknya, kita hendaklah sentiasa merendah diri dengan sentiasa muhasabah diri agar dosa-dosa yang kita lakukan tidak menjadi asbab mad'u kita menjauhi dakwah yang kita sampaikan. Lihat sahaja contoh yang dipaparkan dalam Al-Quran mengenai Nabi Muhammad, Nabi Musa dan Nabi Nuh yang sering merendah diri dan mengadu hal dakwah baginda kepada Allah. Itulah contoh terbaik yang boleh kita ikuti
Maka, bekerjalah dan beraktiviti secara baik dan benar, bukannya menuntut hasil. Yang hilang, pastilah ada gantinya. Memberi mestilah dengan kasih sayang. Tanpa kasih sayang, memberi adalah beban dan benci.
Maka, bekerjalah dan beraktiviti secara baik dan benar, bukannya menuntut hasil. Yang hilang, pastilah ada gantinya. Memberi mestilah dengan kasih sayang. Tanpa kasih sayang, memberi adalah beban dan benci.
No comments:
Post a Comment