Firman Allah: "Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam." (Al-Anbiya', 21: 107)
Sungguh bertuahnya kita apabila lahir-lahir saja, sudah menerima hidayah Islam. Nikmat yang tidak terkira hebatnya. Nikmat inilah yang memandu kita ke arah kebaikan, ke arah syurga dan juga ke arah kesempurnaan hidup kita. Seharusnya, Islamnya kita harus menjadikan diri kita tidak putus-putus berbangga dan bersyukur akan rahmat yang Allah kurniakan.
Bila berbicara "Islam menjadi rahmat seluruh alam", maka Islam itu membawa rahmat dan nikmat ke seluruh pelusuk bumi ini; merentasi kesemua benua, antara Timur dan Barat dan kepada seluruh kehidupan dan penciptaan dari sekecil-kecil zarah hinggalah ke sebesar-besar gunung-ganang. Maka, siapa saja, sama ada orang Islam, orang bukan Islam, orang Melayu, orang Cina, orang India, orang Arab, pembesar kerajaan, peniaga kecil-kecilan, pesawah dan petani, Islam itu adalah milik semua yang tiada hak eksklusif kepada sebahagian golongan. Begitu juga, apa saja bentuk penciptaan seperti batu, pokok, besi, bangunan, sungai dan jalan raya, Islam juga membawa rahmat kepada golongan ini. Alangkah indahnya, sekiranya Islam itu dikaitkan dengan seluruh kehidupan.
Maka, tidak tepatlah, jika sebelum ini, ramai orang terutama orang Melayu berpendapat bahawa Islam itu hanyalah milik orang Islam, maka, tidak boleh orang bukan Islam membaca al-Quran dan sebagainya. Sepatutnya, berasa bangga jika Islam itu sudah mula menjadi rujukan kepada semua, seperti matlamat kita supaya Islam itu menjadi "World Order" ataupun "Ustaziyatul Alam".
Jadi, dengan mengetahui kehebatan dan kesyumulan Islam, maka mengapa harus malu-malu untuk declare keislaman kita dan mengapa masih lagi berpeluk tubuh dan tidak mahu berdakwah. Jadilah seperti Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat Baginda serta pendakwah-pendakwah Islam yang terdahulu yang mana nikmat yang mereka perolehi terlalu banyak dan tidak putus-putus hingga sekarang hasil usaha kerja dakwah mereka.
Bagaimana pula dengan kita?
No comments:
Post a Comment