Cintakan Negara
Apa yang boleh kita huraikan tentang ideologi Patriotisme? Macam-macam jawapan boleh diberi seperti cintakan negara, taat kepada pemimpin, perjuangan menentang penjajah dan lain-lain lagi. Jika patriotisme yang dimaksudkan oleh para pejuang patriotisme ialah cintakan negara, rasa kasih dan rasa rindu atau seumpamanya, perasaan ini sememangnya tertanam dalam fitrah manusia dan bertepatan dengan perintah Islam. Bilal bin Rabah, walaupun beliau telah mengorbankan segala-galanya demi aqidah dan agamanya, beliau juga telah meluahkan rasa rindunya terhadap Mekah ketika di Madinah, melalui rangkap-rangkap syair yang amat indah dan sayu:
Alangkah indahnya jika aku dapat bermalam,
Di sebuah lembah dikelilingi oleh rumput rampai dan tumbuhan,
Dapatkah suatu hari nanti aku akan merasai kembali air kolam Majannah,
Dapatkah aku kembali menyaksikan gunung Shammah dan Tufail.
Suatu ketika Rasulullah s.a.w. terdengar kata-kata Usail yang cuba mengungkapkan keindaha Mekah. Air mata baginda mengalir kerana rindukan Mekah. Baginda bersabda: Usail, biarkanlah hati-hati in tenang.
Negara Yang Merdeka
Jika yang dimaksudkan ialah kewajipan berusaha sedaya upaya untuk membebaskan negara daripada penjajahan kolonialisme atau melakukan sesuatu ke arah mencapai kemerdekaan negara atau menanamkan harga diri atau semangat kemedekaan di dalam jiwa anak bangsa, maka, Islam amat-amat menegaskan perkara ini.
Firman Allah: "Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasul-Nya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafiq itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenar)." (Al-Munafiqun, 63: 8)
Masyarakat Yang Bersatu
Jika yang dimaksudkan dengan patriotisme ialah mengukuhkan hubungan antara masyarakat dalam rantau yang sama dan memimpin mereka menggunakan hubungan ini untuk kepentingan mereka, maka, Islam melihat perkara ini sebenarnya satu kewajipan.
Rasulullah bersabda: "Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang saling bersaudara."
Penaklukan Negara
Jika yang dimaksudkan ialah menakluk negara lain dan menguasai bumi ini, ia merupakan suatu yang diwajibkan oleh Islam. Malah, Islam mengarahkan agar para penakluk supaya melakukan penaklukan dengan cara yang terbaik dan diberkati.
Firman Allah: "Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata." (Al-Anfal, 8: 39)
Budaya Berpuak dan Berparti
Jika patriotisme yang dimaksudkan ialah memecah belahkan ummah ini kepada beberapa puak yang saling bertelagah, saling berhasad dengki, saling caci-mencaci, saling tuduh-menuduh dan saling dendam-mendendam, bersatu dan berpecah berlandaskan fahaman ciptaan manusia yang didorong oleh hawa nafsu, diatur oleh matlamat yang berbeza, digerakkan oleh fahaman yang berlandaskan kepentingan peribadi. Dalam masa yang sama, pihak musuh mengambil kesempatan dengan menyemarakkan lagi api permusuhan. Musuh memecah belahkan mereka dalam perkara yang sepatutnya mereka bersatu dan menyatu padukan mereka dalam perkara yang tidak benar. Patriotisme seperti ini adalah karut dan tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan kepada para pendokong dan juga orang ramai.
Matlamat Patriotisme Sebagai Seorang Muslim
Pertama: Apa yang membezakan ialah kita meletakkan sempadan patriotisme kita ialah aqidah. Sementara mereka meletakkan sempadan patriotisme mereka ialah sempadan geografi. Sebenarnya, setiap ceruk bumi yang terdapat seorang Muslim yang menyatakan, "Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah" ia adalah bumi dan tanah air yang kita hormati, hargai, cintai dan kita serahkan keikhlasan serta jihad kita demi kebaikannya. Sementara setiap orang Islam yang berada dalam kawasan geografi ini adalah keluarga dan saudara kita yang kita berikan perhatian dan berkongsi segala masalah mereka. Ini berbeza dengan pejuang patriotisme. Mereka hanya mengambil perhatian kepada sebidang tanah yang kecil dan sempit. Perbezaan ini lebih ketara apabila mereka berusaha memperkukuhkan kekuatan mereka dengan menindas bangsa lain. Kita tidak rela melakukannya jika ia menyebabkan penindasan kepada mana-mana bumi Islam. Kita hanya menuntut perkara yang membawa kekuatan kepada semua. Bagi pejuang patriotisme, mereka tidak melihat ini sebagai satu masalah. Maka, berlakulah keretakan dalam hubungan antara negara Islam, kekuatan negara Islam semakin lemah dan peperangan tercetus sesama sendiri akibat percaturan pihak musuh.
Kedua: Majoriti pejuang patriotisme meletakkan kemerdekaan negara mereka sebagai matlamat utama mereka. Malangnya, apabila mereka berusaha memajukan negara ini, mereka arahkan tumpuan mereka hanya kepada aspek kebendaan seperti yang dilakukan oleh Barat. Berbeza dengan kita, kerana kita meyakini sebagai seorang Muslim, kita memikul suatu amanah dan untuk itu, kita perlu mengorbankan nyawa, darah dan harta dalam usaha melaksanakan amanah itu iaitu memimpin manusia dengan cahaya Islam dan mengibarkan panji Islam ke seluruh pelusuk bumi. Ini dilakukan tanpa mengharapkan harta atau pangkat atau kuasa dan bukan berhasrat untuk menguasai mana-mana bangsa. Seorang Muslim hanya mahu mencari keredhaan Allah. Dengan agamanya, dia mahu membawa kesejahteraan untuk dunia ini dan mahu menegakkan suara agamanya. Atas dasar ini, para salafussoleh yang diredhai Allah telah melancarkan penaklukan suci yang pernah mengkagumkan dunia dan menampilkan contoh keadilan dan nilai mulia yang tidak pernah disaksikan oleh sejarah manusia. Begitulah keadaannya ketika Salahudin al-Ayyubi membebaskan Palestin dan Sultan Muhammad al-Fateh menawan Konstantinopel.
Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa Islam tidak menolak prinsip patriotisme, apatah lagi memecah belahkan perpaduan bangsa yang hidup berlatar belakangkan pelbagai agama. Islam sebagai agama perpaduan dan kesaksamaan sudah cukup untuk menjamin keharmonian antara semua anggota masyarakat sebagaimana mereka saling bekerjasama untuk kebaikan. Peranan pejuang patriotisme hanya setakat membebaskan dan mengembalikan kegemilangan negara sedangkan bagi pejuang Islam, usaha ini baru separuh jalan atau baru satu peringkat sahaja. Masih ada lagi usaha yang perlu dilakukan untuk memartabatkan panji negara Islam di seluruh muka bumi dan mengibarkan panji Islam di segenap tempat.
Firman Allah: "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." (Mumtahanah, 60: 8)
* Dipetik dari Majmu' Rasa'il Imam Syahid Hasan al-Banna
Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa Islam tidak menolak prinsip patriotisme, apatah lagi memecah belahkan perpaduan bangsa yang hidup berlatar belakangkan pelbagai agama. Islam sebagai agama perpaduan dan kesaksamaan sudah cukup untuk menjamin keharmonian antara semua anggota masyarakat sebagaimana mereka saling bekerjasama untuk kebaikan. Peranan pejuang patriotisme hanya setakat membebaskan dan mengembalikan kegemilangan negara sedangkan bagi pejuang Islam, usaha ini baru separuh jalan atau baru satu peringkat sahaja. Masih ada lagi usaha yang perlu dilakukan untuk memartabatkan panji negara Islam di seluruh muka bumi dan mengibarkan panji Islam di segenap tempat.
Firman Allah: "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." (Mumtahanah, 60: 8)
* Dipetik dari Majmu' Rasa'il Imam Syahid Hasan al-Banna
Still keep thinking out of the box but people says……………
ReplyDeleteBut, I truly believe what I am doing now is absolutely RIGHT.
Artikel ini padat berinformasi n bagus kalau semua orang berfikiran camni selama-lamanya.
Terima kasih atas sokongan.
ReplyDelete