Hari Isnin lepas, seluruh mendapat berita kematian Osama bin Laden dan tentera US mendakwa berjaya membunuhnya. Mendengar berita tersebut, macam-macam reaksi ditampilkan. Ada yang bersorak gembira kerana menganggap keganasan telah hilang dan keamanan kembali. Ini kerana, Osama ditampilkan oleh US sebagai pengganas No. 1 yang dikehendaki dunia. Ada yang bersedih kerana menganggap perjuangan menentang kuasa Amerika dan paksi kejahatan akan terbantut. Bahkan, ada juga yang tidak percaya akan berita ini, seolah-olah direka-reka.
Bagi saya, saya masih keliru dan tertanya-tanya tentang watak Osama itu sendiri. Adakah watak Osama itu benar-benar wujud? Benarkah Osama seperti yang digambarkan oleh Amerika sebagai pengganas dan yang terlibat dalam serangan WTC pada 11 September iaitu hampir sedekad yang lalu? Sedangkan dalam kenyataan video Osama, beliau sendiri tidak pernah mengaku terlibat dengan serangan tersebut. Ketika serangan WTC, tiba-tiba Presiden US dahulu, George Bush mengeluarkan watak Osama yang dilabel sebagai perancang serangan tersebut. Lantas, diserangnya seluruh Afghanistan dengan alasan negara tersebut menyembunyikan Osama. Osama dijadikan alasan untuk US bertapak di Afghanistan. Bijak sungguh si koboi US, serangan WTC seolah-olah rahmat dan peluang kepadanya untuk menawan Afghanistan, Iraq dan menghancurkan Saddam Hussein. Setelah sedekad memburu Osama, akhirnya US mendakwa berjaya membunuh Osama. Banyak keraguan dari segi gambar, lokasi dan cara beliau dibunuh. Mungkin ini cara terbaik yang boleh dilakukan oleh Presiden US, Barrack Obama melunaskan janji-janjinya untuk mengundurkan tentera dari Afghanistan. Jika Osama mati, Obama boleh mengisytiharkan misi di Afghanistan berjaya dan US boleh mengundurkan tenteranya. Lagipun, watak Osama masih boleh diragui. Wataknya diwujudkan oleh US dan boleh dimatikan oleh US sendiri.
Inilah Perang Saraf yang dilakukan oleh musuh Islam hingga menyebarkan fitnah ke atas seluruh umat Islam di dunia ini.
Kadang2 menjadi risau dengan media massa yang banyak menyebarkan dakyah Amerika dan Zionis. Seolah2 pejuang Islam itu hanya angan2 dan dilabelkan sebagai pengganas.
ReplyDeleteSemoga kita diberikan petunjuk yang mana yang benar dan yang mana tidak
Itulah Ghazwul Fikri. Usah dirisaukan sangat tentang dakyah mereka, yang penting kita sebagai dai'e harus lebih giat buat kerja dan menyebarkan kepada mad'u kita di luar sana
ReplyDelete