"Woi,, siapa yang conteng buku aku ni? Rahim, kau ke yang conteng?" marah dan sergah Saiful.
"Eh, tak lah. Aku tak usik pun buku kau," jawab Rahim.
"Ah, sudahlah, aku tak percaya. Aku tahu, kau yang conteng buku aku. Kau memang suka cari gaduh dengan aku kan?" gesa Saiful.
"Betul lah, aku tak buat. Janganlah asyik tuduh aku je," balas Rahim.
"Kalau betul kau tak buat, kau kene bersumpah depan aku yang kau tak buat," paksa Saiful.
"Sumpah! Demi Allah, aku tak conteng buku kau," sumpah Rahim
"OK. Kalau kau tipu, nanti kau dimakan sumpah!" balas Saiful
Itulah kisah-kisah ketika bersekolah dahulu. Nak kan kepastian, sumpah digunakan atau dimainkan untuk menyelesaikan suatu masalah. Entah boleh percaya atau tidak pada sumpahan itu. Ye la, budak sekolah, mana tahu sangat dosa pahala, syurga neraka dan laknat dari Allah. Yang penting, terlepas dari tuduhan.
Rupa-rupanya, si tua bangka pun suka bersumpah sekarang ini. Ingatkan budak-budak je. Nak kata tak tahu dosa pahala, syurga neraka dan hukum Allah, dah akil baligh dan beranak pinak dah pun. Mungkin terlalu jahil hinggakan tak pernah mentadabbur al-Quran ataupun belajar dan mendengar pendapat ulama'.
Islam itu sangatlah indah. Cuma penganut Islam saja yang tidak menghayatinya, lantas Islam itu digelakkan. Al-Quran dan As-Sunnah ada untuk dijadikan rujukan, bukannya kepala otak yang jahil. Harap-harap peristiwa ini tidaklah menjadi trend dan biarlah sedikit sahaja yang jahil dan bodoh dalam agama, bukan semua umat Islam. Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment