Transformasi yang dilakukan oleh Johor Darul Takzim FC atau JDT ternyata sedikit sebanyak membuahkan hasil. Bukan sekadar meraih kejayaan di dalam Liga Malaysia, tetapi berjaya menjuarai Piala AFC, yang merupakan kejohanan kedua tertinggi di kalangan kelab bola sepak Asia.
Kekuatan kewangan pasukan memberikan kelebihan dalam membeli pemain berstatus bintang, meningkatkan fasiliti dan merangka pembangunan akar umbi untuk jangka masa panjang. Sememangnya, dalam apa jua kerangka termasuk di dalam arena bola sepak, pembangunan akar umbi amat penting seperti di dalam artikel saya sebelum ini - (http://imam-abuhanifah.blogspot.my/2015/09/pembangunan-akar-umbi.html). Sayangnya, hal ini dilupakan dan tidak digunapakai terutama bagi kelab bola sepak di Malaysia kerana mahukan kejayaan yang cepat.
Justeru itu, pelaburan dalam bidang sukan bukan saja memastikan kejayaan merangkul kejuaraan di peringkat domestik dan antarabangsa, tetapi juga berterusan menarik minat rakyat pada sukan berkenaan yang akhirnya turut memberikan keuntungan pada pasukan tersebut.
Semoga kejayaan JDT di arena bola sepak membuka mata pada pesaing di peringkat domestik untuk turut sama melangkah lebih jauh dalam sukan bola sepak.
No comments:
Post a Comment