Bukan hanya di Malaysia, bahkan kini seluruh Dunia mula mengenali Azizulhasni Awang, walaupun kebanyakan mereka bukanlah peminat sukan berbasikal. Mungkin ada yang pertama kali mengenali beliau dek kerana kejayaan beliau menjadi Juara di dalam Kejohanan Dunia dalam acara Keirin.
Sebuah kejayaan yang sangat menginspirasikan. Jatuh bangun dalam sukan yang dicintainya dan saya pernah menulis artikel berkaitan beliau pada 2011 - http://imam-abuhanifah.blogspot.my/2011/02/tahniah-azizulhasni-awang.html?m=1.
Kemenangan ini memberikan beliau mahkota "Rainbow Jersey” atau Jersi Pelangi. Jersi Pelangi ini adalah simbol juara bertahan bagi pelumba basikal dan diperolehi di kejohanan dunia sahaja. Maka, kemenangan Azizulhasni Awang di dalam Kejohanan Dunia dalam acara Keirin memastikan Jersi Pelangi menjadi miliknya. Azizulhasni akan menggunakan jersi berkenaan untuk acara keirin yang akan disertainya akan datang sehinggalah ke acara kejohanan dunia pada tahun hadapan untuk mempertahankannya.
Pelangi digambarkan sebagai sebuah keindahan dan kecantikan selepas sebuah pertarungan (cantik dan tenang selepas hujan), dan inilah gambaran bagi pemilik Jersi Pelangi ini.
Inpirasi dari Kejayaan Azizulhasni Awang buat semua, "Kecil bukan bermakna Lemah. Suatu bukti hidup betapa Kekuatan Semangat dan Usaha mampu mengatasinya." Tahniah kepada Azizulhasni Awang dan semoga terus mengejar dan mencapai "Pelangi" lain yang lebih indah.
No comments:
Post a Comment