Seusai melihat Perlawanan Akhir Piala Thomas 2010, saya semacam hendak menulis artikel tentang ini. Tidak kisah, siapa pemenangnya, tetapi saya cukup tertarik dengan permainan badminton dari dulu hingga sekarang. Walaupun Malaysia gagal menamatkan kemarau 18 tahun kejuaraan, itu tidaklah mematikan minat saya untuk mengikuti perkembangan Piala Thomas kali ini. Adakah sokongan kita hanya ketika negara kita muncul juara saja? Adakah pujian kita terhadap pemain-pemain hanya ketika mereka membawa pulang kejuaraan sahaja?
Mengenang kembali lagenda-lagenda Piala Thomas 1992 seperti Rashid Sidek dan Razif & Jalani Sidek, agak sukar untuk mengembalikan jagoan-jagoan seperti itu sekarang ini. Pada masa sekarang, nama-nama jagoan dari China dan Indonesia lebih banyak meniti di bibir peminat badminton. Dengan permainan cantik yang mereka pamerkan seperti jumping smash, drop shot, backhand, rally and great defence menjadikan permainan badminton makin menarik untuk disaksikan. Bagi saya, corak permainan beginilah yang menyebabkan minat kepada sukan badminton tidak pernah luntur. Agak sukar, untuk melihat hatta seorang pemain mempunyai pakej lengkap skill-skill tersebut ataupun dalam bahasa kampung saya complete packages.
Kondisi di Malaysia sekarang sebenarnya, tidak menjamin berjayanya seseorang atlet sukan tidak seperti di luar negara. Apabila seseorang itu menjadi atlet professional, selalunya mereka ini akan ketinggalan dari segi pelajaran, dan seseorang Muslim pula ternyata hilang pula personaliti sebagai seorang Muslim. Ada yang membuka aurat dan mula memakai rantai (bagi atlet lelaki). Teringat saya pada Sukan Asia 2006, di mana seorang atlet Muslimah dari Bahrain, Ruqayyah menggemparkan dunia olahraga dengan memenangi pingat emas dan perak dalam acara 100m dan 200m walaupun mengenakan pakaian yang menutup aurat dan bertudung. Nah, ini buktinya bagi orang-orang yang jahil yang tetap mempertahankan kenyataan bahawa hendak bersukan perlulah berseluar pendek dan tidak bertudung!
Seharusnya, dalam dunia yang semakin mencabar di mana manusia sudah mula kembali kepada Islam, kita perlu mencetak nama-nama besar dalam bidang sukan sama ada dalam badminton, bola sepak, hoki, renang dan olahraga. Di saat-saat gerhananya sukan di Malaysia, perlunya dilahirkan atlet-atlet professional yang tidak hanya kental dalam gelanggang bahkan turut menjadi cendekiawan dalam bidang pelajaran yang mempunyai Ijazah, Master dan PhD serta turut mempunyai akhlak peribadi Muslim yang unggul.
Atlet Muslimah dari Bahrain sudah buktikan. Atlet Muslim dan Muslimah Malaysia bila lagi??

No comments:
Post a Comment