Firman Allah: "Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kokoh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk." (Al-Anbiyaa', 21: 31)
Betapa pentingnya peranan gunung-gunung di muka bumi ini untuk mengukuhkan bumi ini. Cuba bayangkan, andainya tiada gunung-gunung atau bukit-bukit di muka bumi ini? Apa yang berlaku pada bumi ini? Dan apa kesannya pada diri kita?
Kita juga sedia maklum bahawa, kekayaan Allah s.w.t. disalurkan kepada hamba-hambanya untuk dimanfaatkan. Tidak perlu dilihat ke seluruh dunia, cukuplah sekadar Malaysia yang cukup kaya dengan pelbagai hasil galian seperti Petroleum, Gas Asli, Bijih Timah, Emas dan sebagainya. Dulu, pernah ditujukan persoalan, berapa tahun lagikah kewujudan hasil-hasil galian tersebut? Adakah 50 tahun lagi? Atau 100 tahun lagi? Atau 200 tahun lagi?
Saya hendak mengaitkan kedua-dua persoalan tersebut dengan satu konsep engineering atau kejuruteraan iaitu vibration atau getaran. Dalam mengetahui atau mengukur vibration sesuatu sistem, perkara yang penting adalah mengetahui nilai frekuensi asli (wn) sesuatu sistem.
Frekuensi asli / Natural frequency, wn = √(k/m)
Semakin tinggi nilai frekuensi asli sesuatu sistem, semakin tinggi vibration atau getaran sesuatu sistem. Justeru itu, berdasarkan rumus di atas, jisim (m) sesuatu sistem adalah berkadar songsang dengan frekuensi asli (wn). Ini bermakna, jisim juga berkadar songsang dengan vibration sesuatu sistem.
Saya teringat ketika saya berada di Darjah 6 (lebih kurang 15 tahun dahulu), guru saya mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang bebas dari ancaman gempa bumi dan kenyataan guru saya memang benar ketika itu. Tetapi, keadaan sekarang, kenyataan tersebut sudah tidak beberapa tepat kerana kerap kali, negara kita mengalami gegaran atau ancaman akibat gempa bumi di negara jiran yang merupakan tanda-tanda kecil Hari Kiamat.
Adakah logik jika saya mengatakan, semakin berkurangnya galian-galian di muka bumi dan semakin kurang tinggi bukit-bukit dan gunung-gunung akibat ditarah adalah menjadi punca negara kita sudah mula menerima gegaran akibat gempa bumi di negara lain? Berdasarkan konsep vibration ini, kebarangkaliannya benar bahawa dunia sekarang semakin dekat dengan Hari Kiamat, dengan jisim-jisim bumi makin lama makin berkurangan disebabkan hasil-hasil bumi semakin kehabisan. Jika ia benar, kita memang berada di landasan yang tepat menuju ke Hari Pembalasan. Bersediakah kita?
No comments:
Post a Comment