“Makin tua kelapa, makin banyak santannya. Hairuddin masih antara penyerang terbaik. Kami sudah kemuka tawaran, terpulang kepadanya. Kami profesional, tapi harap dia akan kekal.” itulah ulasan Azraai Khor Abdullah, jurulatih pasukan Negeri Sembilan mengenai masa depan ayam tambatan pasukan Negeri Sembilan iaitu Hairuddin Omar atau lebih dikenali dengan gelaran Hai-O. Hai-O merupakan tonggak yang mencorakkan kejayaan Negeri Sembilan menundukkan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia dan sekaligus dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
Berusia 32 tahun dan boleh dianggap sebagai veteran dalam dunia bola sepak, namun ketangkasannya sebagai pemain di posisi penyerang mengatasi pemain-pemain yang jauh lebih muda darinya. Tua dari segi umur tidaklah menyebabkan permainan dan ketangkasannya menjadi tua, sebaliknya beliau menjadi lebih hebat dan sekaligus memberi cabaran kepada pemain-pemain muda untuk mengatasinya. Bukan saja kaya dengan pengalaman namun turut kaya dengan semangat.
Begitu jualah dalam dakwah. Semakin meningkat usia tidaklah bererti para dai'e mengendurkan usaha dakwah dan tarbiyah, bahkan sepatutnya dilaksanakan dengan lebih giat lagi. Jika sewaktu muda, halaqah yang diuruskannya mencapai 4-5 buah halaqah seminggu, sibuk mentajmi' mad'u-mad'u baru dan sibuk merancang untuk program tarbiyah di medan baru. Namun ketika semakin berusia, hanya mampu menguruskan 1 halaqah seminggu dan hanya sibuk merancang program-program umum. Yang paling ditakuti sekiranya sang syabab (pemuda) dituakan terlalu awal akibat mengambil contoh usaha-usaha dakwah yang telah kendur tersebut yang mengakibatkan prestasi dakwah terus menjunam.
Justeru itu, berikutan fenomena Hai-O pada ketika ini, marilah kita sama-sama berusaha untuk memudakan para dai'e tidak kira latar belakang usia kerana itulah rahsia kekuatan dakwah kembali rancak di tanah air kita. Iktibar dari kisah sahabat bernama Abu Ayub Al-Ansar yang terus berjihad di jalan Allah meskipun usia telah lanjut, sepatutnya memalukan diri kita di atas usaha yang tidak seberapa yang telah kita lakukan untuk dakwah ini.
* Penulis: Optimis bahawa kesungguhan dan kecekalan sang syabab dan sang syuyukh yang berjiwa pemuda akan merancakkan dakwah di seluruh dunia dan mencetuskan fenomena yang akan mengubah ummat secara total!