Sempena Tahun Baru 2013, saya dan beberapa orang ikhwah berpakat untuk melaksanakan Street Dakwah di Dataran Nilai dengan mengedar risalah kepada pengunjung-pengunjung di kawasan tersebut. Melaksanakan pada malam tahun baru, seperti dijangka, kawasan tersebut penuh dengan pengunjung yang mungkin bertujuan untuk berhibur, release tension, berjalan-jalan atau membeli-belah. Sasaran adalah semua lapisan masyarakat sama ada orang muda atau orang yang sudah berkeluarga. Ini adalah peluang kita mengenali masyarakat kita yang pelbagai latar belakang dan peluang terbaik berjumpa dan berinteraksi spontan dengan masyarakat.
Bukannya mudah nak edarkan risalah ni, apatah lagi untuk memberikan tazkirah spontan kepada masyarakat. Ada je yang mesra menjawab salam dan menerima risalah, ada juga mengelak bila nampak kita dan ada juga yang menolak mentah-mentah pemberian risalah. Fuh, memang kene tebal muka bila jadi da'i ni. Tak kan kita nak marah kalau dakwah kita ditolak mentah-mentah? Tak kan kita nak bergaduh kalau kita diherdik ketika menyampaikan dakwah? Semestinya tidak, sebab kita mempromosi produk Islam yang terbaik dan yang menjamin kesejahteraan keseluruhannya.
Saya pernah dioffer untuk menjadi agen takaful, tapi saya menolak. Ketika saya mencari pekerjaan dulu pun, bahagian sales & marketing adalah pekerjaan yang saya tidak mahu terlibat. Sebabnya, tak sanggup nak tebal muka nak jumpa orang untuk promote produk. Rupa-rupanya, bila menjadi seorang da'i, we will do more than that! Mahu atau tidak, seorang da'i perlu sabar, perlu tebal muka walau apa jua reaksi masyarakat dan terus istiqamah membuat kerja. Hasilnya, kita serah pada Allah.
Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment