Tidak salah saya, isu bai'ah talak tiga ini pernah kedengaran pada tahun 2009, tetapi terhenti apabila dinafikan oleh pemimpin utama PAS. Namun, kini, ianya kembali berkumandang apabila berlaku krisis dalaman PAS.
Isu bai'ah talak tiga ini adalah isu dalaman parti ataupun boleh dikatakan sebagai isu dalam kelambu, yang tak perlu didedahkan pada umum. Mengapa ianya didedahkan sekarang? Wujudnya Gerakan Harapan Baru (GHB) dan Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai pengganti PAS di dalam Pakatan Rakyat, dilihat sebagai ancaman lebih-lebih lagi apabila ramai wakil rakyat PAS telah dan akan berhijrah ke Amanah. Kemungkinan besar, atas faktor ini lah, isu ini gagal dibendung dari pengetahuan umum sebagai amaran bagi mereka yang ingin keluar parti.
Saya tak berani nak ulas berkaitan isu ini dan saya bukan ahlinya untuk mengulas isu ini. Banyak pandangan telah dikeluarkan oleh para ahllinya seperti Mufti Perlis, Mufti Pulau Pinang, Dr. Ust. Zaharudin dan sebagainya. Cuma, agak pelik apabila kita melihat dan menilai sebuah parti atau organisasi seperti sebuah agama. Sebuah Parti Islam atau Pertubuhan NGO Islam bukanlah sebuah agama. Ia hanya sebuah organisasi yang membawa agenda Islam. Apabila disebut organisasi, ianya dipimpin oleh manusia yang tidak lepas dari kesalahan. Selepas wafatnya Rasulullah, kesemua organisasi adalah tidak semestinya 100% benar walaupun membawa panji Islam. Ini kerana pimpinan selepas Rasulullah adalah bukan maksum. Justeru itu, mengapa tergamaknya institusi keluarga dicagarkan atas sebuah organisasi? Sedangkan ramai yang maklum atas ketidakmaksuman manusia yang memimpin organisasi. Islam atau Ad-Deen itu bersifat unggul dan benar, tetapi organisasi yang membawa Islam tidak selalunya unggul dan benar. Hatta, sebuah organisasi, walaupun dipimpin seorang yang bergelar Syeikh atau Tok Guru, tetap saja tidak terlepas dari kesilapan.
Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Perbuatan halal yang paling dibenci Allah ialah cerai." Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah. Hadith Sahih menurut Hakim. Abu Hatim lebih menilainya Hadith Mursal.
Matlamat tidak menghalalkan cara. Cara keganasan dan militan bukanlah kaedahnya untuk menubuhkan negara Islam. Mengkafirkan individu atau organisasi atau budaya takfiri, bukanlah caranya untuk berdepan dengan golongan sekular dan golongan yang berlainan aliran. Begitu juga dengan isu bai'ah ini. Tidak sepatutnya bai'ah talak tiga yang mencagarkan institusi keluarga dan merendahkan martabat wanita dilakukan hanya semata-mata untuk memastikan survival parti politik tertentu atau untuk mengelak wakil rakyat melompat parti. Apatah lagi, umat Islam keseluruhannya maklum tentang hukum talak ini dan tidak sepatutnya dijadikan bahan mainan atau bahan cagaran bagi sesuatu isu. Harapnya, ianya tidak dijadikan ikutan oleh kelompok lain dalam membuat janji atau sumpah seperti jatuhnya talak tiga jika tidak bayar hutang atau jatuhnya talak tiga jika bocor sesuatu rahsia.

Berpolitiklah dengan matang dan berbaiklah dengan semua orang. Apabila berpolitik dengan membina banyak permusuhan, apa yang diharapkan kebaikan pada negara ini? Usah disemai kebencian pada pihak tertentu dan elakkanlah rasa tidak hormat dan dendam kesumat supaya disenangi oleh semua orang. Politik yang disemai dengan kebencian dan dendam kesumat hanya membawa kehancuran kepada sesebuah negara.
Sebuah unit keluarga merupakan subset di dalam masyarakat, dan hancurlah masyarakat itu jika institusi keluarga dicerobohi hanya akibat daripada sifat dendam dan survival pihak tertentu. Binalah negara ini dengan masyarakat yang unggul, dan binalah masyarakat dengan keluarga yang sakinah dan unggul. Usah dicerobohi sistem kekeluargaan ini dan perkukuhkanlah sistem ini demi keberlangsungan masyarakat dan negara yang unggul.
Wallahua'lam...
Wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment