Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

Monday, January 16, 2012

Hadith 40 Al-Aqsa: Hadith 3



English Version:

Hadith 3: Greater Virtue of Praying in Masjid Al-Aqsa
Abu Darda' (r.a.) relates that the Prophet (s.a.w.) said, "A prayer in Makkah (Ka'abah) is worth 100,000 times (reward), a prayer in my Masjid (Madinah) is worth 1,000 times and a prayer in Al-Aqsa Sanctuary is worth 500 times more reward than anywhere else." (Baihaqi, Tabrani and Suyuti)


Versi Melayu:

Hadith 3: Kelebihan Solat di Masjid Al-Aqsa
Abu Darda' (r.a.) meriwayatkan, Rasulullah (s.a.w.) bersabda, "Solat di Mekah (Kaabah) diganjarkan dengan 100,000 ganjaran pahala, solat di Masjid Nabawi diganjarkan dengan 1,000 ganjaran pahala dan solat di Masjid Al-Aqsa diganjarkan dengan 500 ganjaran pahala melebihi ganjaran solat di tempat lain." (Riwayat Baihaqi, Tabrani dan Suyuti)


* Versi Melayu diterjemah oleh penulis. Mohon pembaikan jika berlaku kesilapan

Tuesday, October 4, 2011

Hadith 40 Al-Aqsa: Hadith 2



English Version:

Hadith 2: The Importance of Visiting Masjid Al-Aqsa
Abu Hurairah (r.a.) relates that the Prophet (s.a.w.) said, "You should not undertake a special journey to visit any place other than the following three Masjids with the expectations of getting greater reward: the Sacred Masjid of Makkah (Ka'bah), this Masjid of mine (the Prophet's Masjid in Madinah) and Masjid Al-Aqsa (of Jerusalem)." In another narration the words are, "For three Masjids a special journey may be undertaken: The Sacred Masjid (Ka'bah), my Masjid and Masjid of Jerusalem (Al-Aqsa). (Muslim, Bukhari and Abu Dawud)


Versi Melayu:

Hadith 2: Kepentingan Menziarahi Masjid Al-Aqsa
Abu Hurairah (r.a.) berkata, Nabi Muhammad (s.a.w.) bersabda, "Kamu tidak seharusnya mengambil mudah berkaitan perjalanan yang istimewa untuk menziarahi mana-mana tempat selain dari tiga masjid dengan harapan mendapat ganjaran yang besar: Masjidil Haram (Kaabah), Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa." Dalam penceritaan yang lain, "Untuk tiga masjid ini, dijanjikan perjalanan yang istimewa: Masjidil Haram (Kaabah), Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa. (Riwayat Muslim, Bukhari dan Abu Dawud)



* Versi Melayu diterjemah oleh penulis. Mohon pembaikan jika berlaku kesilapan

Monday, July 18, 2011

Hadith 40 Al-Aqsa: Hadith 1


English Version:

Hadith 1: Masjid Al-Aqsa - The Second House of Allah on Earth
Abu Dharr (r.a.) reported that he asked the Prophet (s.a.w), "O Messenger of Allah, which Masjid was built first on earth?" The Prophet (s.a.w.) replied, "The Sacred Masjid of Makkah." Abu Dharr (r.a.) again asked, "Which was next?" The Prophet (s.a.w.) said, "Masjid Al-Aqsa." Abu Dharr (r.a.) further asked, "How long was the period between the building of the two Masjids?" The Prophet (s.a.w.) said, "Forty years. Apart from these, offer your prayer anywhere when it is time to pray, although excellence is in praying in these Masjids." (Bukhari)


Versi Melayu:

Hadith 1: Masjid Al-Aqsa - Rumah Kedua Allah di Atas Muka Bumi
Abu Dzar (r.a.) berkata bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah (s.a.w.), "Wahai Rasulullah, Masjid apa yang pertama dibina di atas muka bumi?" Rasulullah (s.a.w.) menjawab, "Masjidil Haram di Mekah." Abu Dzar (r.a.) bertanya lagi, "Masjid apa selepas itu?" Rasulullah (s.a.w.) bersabda, "Masjid Al-Aqsa." Abu Dzar (r.a.) bertanya lagi, "Berapa jangka masa pembinaan dua Masjid tersebut?" Rasulullah (s.a.w.) bersabda, " Empat puluh tahun. Berkaitan dengan ini, dirikanlah solat di mana sahaja apabila masuk waktu solat, walaupun yang terbaik adalah solat di dalam Masjid tersebut." (Riwayat Bukhari)


Source: http://www.muftisays.com/blog/abu+mohammed/365_02-07-2010/40-hadith-on-al-quds.html

*Versi Melayu diterjemah oleh penulis. Mohon pembaikan jika berlaku kesilapan. 

Thursday, January 20, 2011

Sisa - Sisa Jahiliyyah Serumpun

Semua sedia maklum tentang kejayaan Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF selepas menumpaskan Indonesia. Kadang-kadang rasa pelik bila bercerita tentang Malaysia dan Indonesia. Saya merasakan hubungan kedua-dua buah negara ini cukup erat dan akrab, cuma ada sesuatu yang memisahkan. Bila berbicara tentang perlawanan akhir Piala Suzuki AFF beberapa minggu lepas, saya teringat akan bahang suasananya. Berlakunya perang media antara kedua-dua belah negara yang sering melakukan provokasi dan sebagainya. Saling mencemuh antara satu sama lain dengan gelaran yang tidak sepatutnya seperti Mat Indon, Pendatang dan sebagainya. Pokoknya, saling berbalas cemuhan dan serangan yang bersifat peribadi atau melibatkan negara. Tidak pasti lah sama ada ini benar-benar berlaku ataupun provokasi media yang seolah-olah mahu mengeruhkan hubungan Malaysia-Indonesia. Sama juga ketika perlawanan akhir Piala Thomas 1992 dan 1994 yang menyaksikan pertembungan kedua-dua negara ini yang juga menyaksikan cemuhan dan serangan seperti ini berlaku.

Saya bukan hendak mengkritik atau menyebelahi sesiapa. Sudah pasti sebagai warganegara Malaysia, saya cukup berharap Malaysia akan menjadi juara atau pemenang dalam setiap perlawanan. Tetapi, saya juga menanamkan perasaan cinta dan sayang kepada rakan-rakan di Indonesia yang beragama Islam. Majoriti penduduk Malaysia dan Indonesia adalah beragama Islam, jadi di manakah sikap nasionalisme kita sebagai seorang muslim? Adakah wajar, semata-mata hanya sebuah perlawanan akhir, kita menghambur perkataan-perkataan yang tidak enak didengari.

Firman Allah: "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat." (Al-Hujurat, 49: 10)

Suatu kisah, apabila Abu Dzar seakan-akan menghina Bilal bin Rabah yang merupakan seorang Arab Badwi yang berkulit hitam, maka ditegur oleh Rasulullah, "Adakah masih terdapat dalam diri kamu sisa-sisa jahiliyyah?"

Kalau diperhatikan sebenar-benarnya, provokasi yang berlaku di antara kedua-dua negara sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk memastikan hubungan Malaysia dan Indonesia sentiasa keruh. Benarkah? Keadaan ini tidak akan berlaku di antara Malaysia-Thailand, Malaysia-Vietnam ataupun Malaysia-China. Ianya hanya akan berlaku di antara negara yang mempunyai majoriti umat Islam. Cuba bayangkan jika kesatuan Malaysia-Indonesia berlaku, maka kesatuan umat Islam akan bertambah kuat dan inilah yang cukup ditakuti oleh pihak tersebut. Isu Palestin, sebagai contoh, meskipun berada di dalam lingkungan negara-negara Arab, tetapi kesatuan umat Islam diremukkan maka terkonteng-kontenglah Palestin keseorangan. Dilemparkan pelbagai tuduhan sebagai Pelampau, Pengganas dan sebagainya. Bagi orang yang memahami tentang ukhwah atau Nasionalisme dalam konteks Islam, pasti akan bersimpati dan bangkit mempertahankan saudara Islam kita di sana.

Adakah semangat cintakan negara atau kebangsaan kita lebih diutamakan berbanding cinta kita kepada ikhwah atau sahabat kita yang beragama Islam? Cinta seseorang Muslim tidak terbatas pada sempadan negara dan tidak terhalang oleh lautan dan selat yang luas. Sebaliknya, cinta kita kepada seorang Muslim adalah berdasarkan kalimah tauhid "Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan Muhammad Itu Pesuruh Allah."

Jadi, ayuhlah, masih ada ruang untuk kita perbaiki dan lakukan demi menyemarakkan ukhwah dan perpaduan dalam Islam dengan menanam rasa sebenar-benar cinta kita kepada seluruh umat Islam di atas muka bumi ini.

Friday, June 4, 2010

Derita Mu, Derita Ku Jua...

Hari ini saya mengambil cuti disebabkan hendak membuat rawatan gigi. Akhirnya, pergi mendapat rawatan Klinik Pergigian UiTM Shah Alam disebabkan murah dan agak mudah prosedur berbanding hospital kerajaan yang lain. Alhamdulillah, tidak dibedah tetapi hanya dicabut sahaja gigi geraham. Ketika disuntik bius pada gigi saya, saya teringat suatu diskusi yang menampilkan ahli politik kerajaan dan pembangkang apabila Amerika Syarikat menceroboh Iraq beberapa tahun dahulu. Dalam diskusi itu, diceritakan, orang-orang Iraq, kalau hendak cabut gigi, tidak memerlukan bius. Ini kerana, bius disimpan untuk perkara yang lebih penting. Saya cuba bayangkan diri saya, andai kata dicabut gigi geraham saya tanpa diberi suntikan bius, bagaimana rasanya?? Sedangkan diberi suntikan bius pun, masih terasa kesakitan.

Begitu juga dengan suasana di Palestin dahulu dan sekarang, bahkan saya merasakan penderitaan mereka lebih teruk berbanding yang dialami oleh Iraq. Kebiadaban dan kebinatangan Yahudi cukup menusuk hati-hati umat Islam. Tak mampu dan tak larat hendak diceritakan kebiadaban mereka. Di manakah solidariti kita sebagai Muslim? Apa sangatlah kesibukan kita di tempat kerja sehinggakan tiada masa untuk bersimpati dengan mereka. Apa sangatlah duit yang kita cari-cari sehinggakan tiada satu sen pun yang kita infaqkan.

Kadang-kala kita pernah mengalami kemalangan, kesakitan, kesusahan dan penderitaan. Tetapi sejauh mana bezanya penderitaan yang kita alami berbanding yang dialami oleh sahabat kita di Palestin. Jangan kita biarkan mereka keseorangan dan perlunya kita bersama-sama dengan mereka. Meskipun tidak menjejaki Gaza, perjuangan dan laungan kita di Malaysia seharusnya dilaungkan sekuat-kuatnya.

Ketika menulis artikel ini, masih lagi terasa sedikit sakit dan denyutan akibat cabutan gigi geraham pagi tadi. Meskipun sakit, derita lagi nasib sahabat kita di Palestin.

Palestin...
Derita Mu, Derita Ku Jua...
Kami Bersama Mu...


Monday, January 11, 2010

Isu Palestin = Isu Global

Pada tahun 2005, semasa saya menjadi Exco Biro Kerohanian untuk Minggu Aluan Desasiswa untuk menyambut kehadiran pelajar-pelajar baru, saya telah berpakat dengan beberapa orang sahabat untuk mebuat tayangan Palestin dalam slot muhasabah diri. Sayang seribu kali sayang, ketika tayangan di separuh jalan, diarahkan berhenti oleh orang atasan atas alasan 'Tidak Global.'

Kadang-kadang, keberadaan kita di menara gading, tidak menjamin pemahaman semua ahlinya setaraf pemikiran orang yang cerdik pandai sama ada pengajarnya ataupun pelajarnya. Harap-harap setelah universiti semakin meningkat statusnya , tiada lagi orang seperti itu.

Lebih kurang 7 atau 8 tahun lepas, ketika Palestin teruk diserang Israel, dua pemimpin poitik utama tanah air iaitu Dato' Seri Dr Mahathir Mohammad dan Allahyarham Dato' Fadzil Noor boleh naik ke atas pentas bersama untuk berpidato mengenai isu Palestin dan pidato tersebut ditayangkan dikaca televisyen seluruh negara. Nah, andai kata isu Palestin bukanlah isu global, bagaimana mungkin dua pemimpin ini boleh berpidato tentang isu ini. Mungkin ketika program saya diberhentikan adalah kerana bimbang membangkitkan kemarahan orang bukan Islam, bagaimana pula pidato dua tokoh ini boleh ditayangkan di kaca televisyen?

Sebenarnya, golongan yang suka menghalang ini mempunyai jiwa yang tidak merdeka, masih takut dengan aura penjajah yang telah lama meninggalkan negara ini. Jiwa merekalah sebenarnya yang tidak global!

Sekarang, isu Palestin terus menghantui orang Islam dan di manakah peranan kita? Kondisi kita yang terlalu selesa menyebabkan kita hanya memikirkan diri kita tanpa sedikit mempedulikan kebajikan ikhwah-ikhwah kita di Palestin. Apabila ada orang yang ingin memberi peringatan, lantas terus diberikan tegahan atau ancaman dengan alasan yang cukup kelakar.

Wahai sahabat-sahabat sekalian, isu Palestin adalah isu kita dan sekaigus adalah isu global. marilah sama-sama kita mengambil perhatian dan sumbangan semampu yang mungkin untuk mejaga kebajikan mereka.